Dinding rumah merupakan struktur atau permukaan yang mentakrifkan kawasan, membawa beban, fungsi keselamatan, perlindungan atau kalis bunyi. Tujuan dinding dipasang adalah bagi:
- Dinding merupakan struktur yang menentukan kawasan.
- Untuk mentakrifkan sempadan sesuatu kawasan.
- Bagi membawa beban papak bumbung.
- Untuk menyediakan keselamatan dan privasi.
- Digunakan sebagai bahan kalis bunyi.
- Merupakan salah satu superstruktur terpenting dalam bangunan.
Di bawah ini, kami senaraikan beberapa jenis dinding untuk makluman Mommy semua. Jom lihat!
Senarai Dinding Rumah Yang Popular
Berikut merupakan beberapa jenis dinding untuk kediaman yang perlu diketahui iaitu:
#1. Dinding Rumah Jenis Bata
Dinding bata merupakan jenis dinding yang selalu menjadi pilihan ramai orang disebabkan ia sangat mudah untuk digunakan serta sangat menjimatkan. Ia diperbuat daripada batu bata tanah liat, konkrit atau kalsium silikat. Biasanya, ukuran saiz yang digunakan adalah 215mm x 102,5mm x 65mm. Cara mengikatnya adalah dengan kaedah berselang dan diikat dengan simen.
#2. Dinding Rumah Jenis Batu
Dinding jenis batu sering digunakan dikebanyakan rumah pada zaman dahulu. Dinding batu biasanya diperbuat daripada bahan yang berbeza dari batu kapur dan batu api kepada granit dan batu pasir. Kualiti binaan juga ketahanannya juga adalah berbeza bergantung kepada batu yang digunakan.
#3. Dinding Rumah Jenis Kaca
Dinding kaca banyak digunakan oleh rumah-rumah mewah atau di resort dan sebagainya. Dinding jenis ini biasanya digunakan sebagai bahan kaca lutsinar di dalam bangunan, tingkap serta di bahagian dinding luar.
#4. Dinding Kayu
Dinding kayi pula boleh dilihat dikebanyakan rumah-rumah tradisional. Untuk membuat dinding, kayu keras akan digunakan contohnya seperti oak, maple, mahogani, ceri, walnut dan jati. Walaupun agak mahal, tetapi ia tahan lama, tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
#5. Dinding Papan Lapis
Kebiasaannya, dinding papan lapis menjadi pilihan jika untuk membuat dinding sementara atau sebagai pembahagi ruang. Ada boleh melihat penggunaannya di ruangan surau, pondok-pondok rehat. Dinding jenis ini tidak tahan lama dan mudah rosak apabila terkena air.
#6. Dinding Blok Cinder
Kelebihan jenis dinding ini adalah ia kalis bunyi dan menjimatkan kos kewangan. Sama seperti dinding jenis bata, untuk membuat dinding ini blok akan disusun bersama dan dicantum dengan simen. Blok yang dipasang pula adalah berongga di dalam bagi membolehkan simen diisi.
#7. Dinding Kepingan Logam
Walaupun agak mahal, tetapi dinding jenis ini sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ia sangat fleksibiliti, tidak mudah retak, kemas dan tidak mudah bengkok. Dinding logam merupakan pilihan popular bagi kebanyakan rumah kontemporari dan moden.
#8. Dinding Papan Jerami
Dinding jenis ini pula diperbuat daripada jerami yang dimampat. Ia sangat bagus dan sesuai untuk menahan haba serta kalis bunyi dan sangat mudah untuk dibina.
Pemilihan dinding rumah dengan rekaan yang unik dan menarik mampu mempesonakan suasana dan menjadikan rumah anda lebih cantik dan berseni. Oleh itu, jadikan perkongsian ini sebagai rujukan anda untuk pemilihan rekaan dinding kediaman nanti.
Dapatkan inspirasi deko yang lain di SINI.