Disiplin vs Hukuman
Disiplin – salah satu cabaran terbesar dalam keibubapaan. Ia mungkin tidak menyeronokkan. Ia juga boleh mengecewakan, melemahkan dan memenatkan.
Sebagai ibubapa, kita tidak pasti dengan cara yang berkesan untuk bertindak dengan kelakuan yang salah. Ramai diantara kita bertindak dengan menggunakan strategi yang tidak berkesan seperti menengking, mengugut atau menghukum.
Terdapat beberapa jenis falsafah tentang disiplin dan kepercayaan berbeza tentang disiplin dan hukuman.
Sesetengah cara berkesan (di pandangan ibubapa) dan sesetengahnya tidak. Sesetengahnya berkesan untuk sementara tetapi kesannya tidak berpanjangan.
Sesetengah ibubapa berpendapat setiap satu dari anaknya memerlukan disiplin yang berbeza. Terdapat perbezaan pendapat tentang topic ini.
Tetapi apakah yang diperkatakan dari sudut sains tentang disiplin?
Classical conditioning
Eksperimen yang popular dibuat oleh fisiologi Rusia, Ivan Pavlov.
Air liur anjing apabila diberi makan.
Jadi Pavlov membuat satu kajian. Apabila dia memberi makanan kepada anjingnya, dia akan membunyikan locengnya. Selepas mengulangi prosedur ini beberapa kali. Dia membunyikan loceng tersebut dengan sendiri.
Jadi loceng tesebut menjadi punca peningkatan air liur di anjingnya.
Kajian ini menunjukkan bahawa anjing tersebut belajar untuk bertindak selepas mendengar loceng dengan makanan dan kelakuan baru terjadi. Ia dipanggil sebagai classical conditioning. Loceng tersebut sebagai tindakbalas semulajadi tetapi menjadi tidakbalas berkondisi. Dan air liur terbentuk untuk keadaan ini.
Berdasarkan keputusan ini, ia kelihatan baik untuk mengatakan jika ada keadaan yang negative dengan kelakuan yang salah, anjing, atau anak akan berhenti melakukannya berdasarkan ketakutan untuk keadaan yang negative.
Untuk memahami teori ini, kita perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang otak manusia.
Otak Triune
Neurologi percaya bahawa seseorang mempunyai otak triune yang mempunyai 3 bahagian otak.
Setiap dari bahagian ini dihasilkan dari masa yang berbeza dari segi sejarah dan menyediakan tujuan yang berlainan.
Highlighted
3 bahagian tersebut adalah:
Otak Reptilia
Otak ini wujud dari evolusi lama dahulu, sekitar 300 juta tahun lepas. Ia mempunyai kesamaan dengan haiwan lain seperti reptilian yang wujud lama dahulu.
Otak ini mengawal bahagian badan seperti bernafas, degupan jantung, kehadama, reaksi berlawan dan fungi ketahanan lain tanpa memerlukan usaha.
Otak Mamalia (Limbic)
Ia juga dikenali sebagai limbic atau otak bahagian bawah, di ketahui sekitar 200 juta tahun yang lepas. Ia juga wujud dalam haiwan mamalia lain dan kerana itu ia di kenali dengan panggilan tersebut.
Limbic bertindak untuk emosi yang kuat seperti ketakuta, perpisahan, rasa ingin tahu, rasa ambil berat dan sebagainya.
Otak Manusia
Otak ini dikenali sebagai otak yang berfikir, neocotex, frontal lobe atau otak dibahagian atas. Otak ini berlainan dengan haiwan. Ia wujud pada zaman prima dan pada zaman tersebut manusia sudah berkembang.
Otak ini adalah di mana proses pembelajaran, alasan, penyelesaian, keputusan atau pemikiran tinggi dibuat.
Berbanding dengan haiwan lain, manusia mempunyai kebolehan yang lebih untuk berfikir kerana ia adalah otak berfikir.
Ketakutan dan Otak
Bagaimana otak manusia bertindak untuk ketakutan?
Sebagai contoh, jika anda berdaki di hutan tebal dan tiba-tiba seekor haiwan besar melompat didepan anda. Apa yang anda lakukan?
Jika anda seperti orang lain, anda akan lari tanpa berfikir. Sebagai pendekatan lain, anda akan mengesan ia hanyalah anjing yang mesra dan gemar bermain dan anda akan berasa tenang.
Jadi apa yang berlaku pada otak?
Di otak limbic, ia mempunyai satu kejutan (amygala) yang bertindak balas dengan keadaan bahaya tanpa pergi ke otak fikira. Apabila kejutan ini terhenti, hormon stress (cortisol) di lepaskan supaya badan akan berlawan atau menghindarinya.
Hormon stress membenarkan kita untuk berundur.
Mekanisma ini dibina untuk ketahanan. Ia terjadi tanpa sedar. Otak kita mengambil jalan pintas kerana berfikir mengambil masa yang lama.
Apabila berdepan dengan situasi ancaman, kita tidak boleh berfikir tenang. Kita bertindak dahulu dan berfikir kemudian.
Hukuman – hukuman menggunakan ketakutan
Anak kecil selalu berdepan dengan masalah. Mereka sangat curiga, bercita-cita dan tidak takut.
Tetapi mereka tidak tahu bagaimana dunia bertindak atau bagaimana mereka sepatutnya bertindak. Mereka juga tidak memahaminya dengan jelas.
Untuk mendisiplinkan mereka, kebanyakan ibubapa menggunakan ketakutan sebagai hukuman.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Mereka berharap hukuman boleh menyebabkan anak mereka takut dengan keadaan seterusnya, mempunyai persamaan dengan anjing yang berubah perlakuannya.
Penggunaan ini sangat bahaya untuk disiplin.
1. peningkatan hormon stress
Apabila mereka selalu berasa takut, hormon ini akan meningkat dan boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk anak kecil. – boleh merosakkan ingatannya, kesusahan dan proses pembelajaran dan imun system, hypertension, tekanan dan anxiety disorder.
2. Mental Disorders
Seperti yang dibincangkan, apabila mekanisma pertahanan diceroboh, otak lombic akan mengambil alih dan mematikan otak berfikir.
Jika keadaan tersebut adalah ancaman atau menyebabkan ketakutan, memori istimewa akan terbentuk dan disimpan berasingan (hippocampus) dari memori yang lain. Memori jenis ini tersimpan dan membuatkan kita hilang arah dan untuk mengelakkannya di masa akan datang.
Jadi ia seperti perasaan takut boleh mengubah kelakuan seseorang.
Walaubagaimanapun, perasaan ini digambarkan sebagai mental disorder seperti tekanan, anxiety, posttraumautic stress disorder (PSTD) di masa hadapan.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Kerana terbentuknya memori ini tidak mendapat kebenaran dari otak fikiran, ia amat susah untuk mengelak kesan mental yang berbahaya.
Untuk ibubapa, hukuman keras tidak akan memberi ancaman dan ketakutan. Untuk orang dewasa, jika kita dilanggar atau ditengking oleh seseorang, kita akan pulih dengan cepat. Kita akan mengadu pada rakan, dan berhibur dengan aktiviti lain.
Dunia ini penuh dengan pilihan.
Tetapi untuk kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, bagi mereka ibubapa adalah segalanya. Ibubapa adalah pemberi makanan, keselamatan dan sebagainya.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik dari DisiplinVsPunishment
Anak-anak tidak mempunyai pilihan dalam memilih penjaganya.
Ia adalah pertahanan dan ancaman.
Dari sudut mereka, orang dewasa mempunyai fizikal yang besar, seperti gergasi. Bagi mereka, layanan yang kasar membuatkan satu ancaman.
3. Emosi dan kawalan diri
Ketakutan menyebabkan otak kita berhenti berhubung. Stress, marah dan sebagainya juga boleh berhenti menghubungkannya.
Disebakan hukuman yang selalu dibuat, mereka akan dikejutkan dengan reaksi tahanan seperti menyepak apabila mereka menghadapi kekecewaan. Apabila ianya terjadi, limbic akan berubah tanpa menunggu otak yang berfikir dan mereka bertindak mengikut emosi. Mereka tidak boleh berfikir secara matang.
Kajian mencadangkang jika ibubapa menggunakan cara yang kasar atau hukuman itu keras, mereka akan bertindak mengikut emosi dan berkelakuan ganas.
Emotional Regulation and kawalan diri adalah perkara penting yang perlu dipelajari oleh mereka.
Keluarga akan mempengaruhi kemampuan anak mereka.
Genetic juga memainkan peranan. Tetapi mereka belajar mengawal emosi melalui permerhatian dari reaksi ibubapa mereka. Jika ibubapa berasa sedih dan terlalu berkasar dengan mereka yang melakukan kesalahan, tindakan yang mengikut emosi yang mereka pelajari apabila berada di situsai negative timbul.
Adakah pengajaran tersebut yang ingin anda berikan?
Emosi juga boleh berjangkit. Persekitaran yang tidak baik boleh memberi emosi yang negative pada mereka dan membuatkannya lebih sukar.
4. Pengaruh Bidirectional
Kadangkala, hukuman membina tindakbalas yang buruk.
Apabila kelakuan negatif anak merujuk pada respon negatif ibubapa ia juga memberi implikasi pada kelakuan mereka.
Implikasi bidirectional.
Kelakuan anak dan tindakan ibubapa boleh mempengaruhi kedua-duanya dan meningkatkan kadar hukuman. Interaksi ini boleh dibina hingga ke peringkat abusive.
5. Kelakuan Agresif
Kajian mendapati hukuman atau kekasaran, boleh membuatkan kelakuan anak menjadi agresif.
6. Pembuli atau Mangsa
Anak yang sering dihukum akan menjadi pembuli atau mangsa buli. Sesetengahnya akan mempunyai masalah kelakuan semasa membesar.
Apabila ibubapa cuba mengubah kelakuan melalui ketakutan, mereka menggunakan kuasa yang besar.
Apabila anak-anak pergi kesekolah, sesetengahnya membuat perkara yang sama pada anak yang lebih lemah dari mereka. Sesetengahnya pula menjadi mangsa buli akibat perbuatan ibubapa. Kelakuan ibubapa juga menyebabkan anak berasa tidak berkuasa dalam mengubah sesuatu situasi.
- Akademik Yang Lemah
University Michigan mendedahkan hubungan disiplin dan pembelajaran anak-anak di sekolah.
Ibubapa yang menggunakan hukuman boleh melemahkan mereka dari segi pencapaian akademik daripada ibubapa yang menggunakan interaksi yang lebih berkesan.
Disiplin
Rantaian psokilogi menunjukkan anak yang berdisiplin adalah proses yang kompleks. Classical conditioning yang berkesan pada anjing tidak semudahnya berkesan pada manusia. Apabila ia seperti memberi kesan, tetapi kanak-kanak tersebut yang mendapat kesannya.
Mengenakan hukuman yang keras pada kanak-kanak adalah tidak efektif dan membahayakan.
Hukuman ini adalah prevalent. Ibubapa selelunya akan berubah kelakuannya.
Bagi kebanyakan ibubapa, hukuman adalah cara yang paling berkesan untuk mendisiplinkan anak.
Apabila bercakap mengenai negatif aspek tentang hukuman, saya selalu mendapat soalan sebegini, “jika kami tidak mengenakan hukuman, bagaimana lagi untuk membuat kanak-kanak berdisiplin?”
Ikon
Adakah anda perasan jika anda membuat pergerakan, anjing atau kucing tidak akan mengikut anda, tetapi anak anda?
Kemampuan untuk meniru perbuatan seseorang adalah kemampuan manusia. Saintis mendedahkan circuit di otak, yang dipanggil mirror neuron system, yang bertanggungjawab pada kemampuan ini. System ini bukan sahaja boleh meniru perbuatan tetapi boleh memahami maksud perbuatan tersebut.
Ia menjelaskan pentingnya ibubpa yang menunjukkan kelakuan yang mereka mahu anaknya meniru.
- Jika anda mahu anak anda menghormati, anda perlu hormat anak anda.
- Jika anda mahukan anak anda menjadi baik, berbuat baik pada anak anda.
- Jika anda tidak mahu anak anda memukul, jangan pukulnya terlebih dahulu.
- Jika anda tidak mahu anak anda kejam terhadap orang lain, jangan terlalu kejam padanya.
- etc
Disiplin bermaksud melatih dan mengajar. Ia tidak bermaksud menghukum. Apabila ibubapa mengfokuskan hukuman untuk disiplin, anda anda akan menjadi pendendam.
Hukuman tidak diperlukan untuk mendisiplinkan mereka. Kajian menunjukkan pupukan, penyelesaian masalah adalah lebih efektif.
Dengan tidak menghukum maka tidak ada kesan negatif. Ibubapa yang menggunakan cara positif untuk membantu mereka memahami kesan dari tindakan mereka. Psoitif disiplin adalah dari penghormatan dan arahan positif.
Neurosains mengajar kita bahawa pengalaman hidup semasa kecil adalah kritikal pada perkembangan otak mereka. Jika mengajarnya dengan pengajaran positif, mereka akan memberi manfaat pada hidup.