Kalau anda sebelum ini tidak pernah dengar tentang Doa Abu Darda, tentu anda tertanya-tanya siapakah gelaran Abu Darda itu dan apakah manfaat membaca doa ini, betul tak?
Walaupun jarang disebut seperti kebanyakan doa amalan harian lain, doa Abu Darda sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat hebat buat anda.
Latarbelakang Abu Darda
Abu Darda merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan doa ini sering digunakan oleh beliau untuk perlindungan diri, keluarga, dan harta.
Selain itu, ia juga sering digunakan untuk menjaga aib seseorang.
Rasulullah s.a.w. mengatakan Abu Darda, atau nama sebenarnya Uwaimir bin Amir, adalah seorang yang sangat bijaksana.
Ramai yang mengenalinya dengan nama Abu Darda kerana beliay memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isterinya pula dikenali sebagai Ummu Darda.
Hikmat Doa Abu Darda
Di dalam suatu riwayat, beliau dikatakan pernah dimaklumkan oleh seseorang bahawa rumah beliau sedang terbakar.
Abu Darda r.a. dengan yakinnya mengatakan rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau, Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan beliau satu doa yang akan melindunginya dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang jika dibaca selepas Subuh.
Jadi doa ini boleh dibaca selepas Subuh untuk perlindungan sepanjang hari, dan juga selepas Maghrib untuk perlindungan sepanjang malam.
Doa Abu Darda Yang Boleh Diamalkan Selepas Setiap Solat Subuh Dan Maghrib
Bacaan dalam RUMI:
Allahumma anta rabbi laa ilaa ha illa anta
‘Alaika tawakkaltu wa anta robbul’arshil kariim
Maashaa Allahu kaa na wa maa lam yashaklam yakuun
Walaa haulawalaa quwwata illa billahil ‘aliiyil ‘aziim
A’lamu annallaaha ‘alaa kulli shai inqodiirun
Wa annallaaha qod ahaa to bikulli shai in ‘ilma
Allahumma inni a’uudzubika min sharri nafsi
Wamin sharri kulli daabbatin anta aakhidzun binaa siyatihaa
Inna robbi ‘alaa sirootimmustaqiim
Maksud:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.
Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,
Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu
Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku
Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”
Doa Abu Darda ini sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga, dan harta dari malapetaka ataupun apa-apa yang dapat membuka aib.
Mudah-mudahan kisah Abu Darda ini memberi inspirasi kepada anda dan anda dapat mengamalkan doa ini selepas setiap solat Subuh dan Maghrib.