Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah Yang Boleh Diamalkan Umat Islam Pada Setiap Tahun

Kredit gambar: Adobe Stock

Setiap perkara ada permulaannya dan kesudahannya, dan salah satu perkara besar dalam kehidupan seseorang ialah pengakhiran sesuatu tahun sebelum bermulanya sesuatu tahun baru.

Secara amnya kebanyakan individu akan tetapkan temu janji atau apa-apa yang melibatkan tarikh berdasarkan kalendar Gregorian yang digunakan secara berpiawai di seluruh dunia.

Sebagai umat Islam pula, kita sering menggunakan kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Kalendar Islam atau dipanggil tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharram dan berakhir dengan bulan Zulhijjah.

Awal Muharram

Tahun baru Hijrah pada tahun 2022 bersamaan dengan 1444H, atau juga disebut Awal Muharram jatuh pada 30 Julai.

Dengan itu, hari tertakhir untuk tahun 1443H jatuh pada 29 Julai 2022.

Sebelum bermulanya tahun baru kalendar Islam, atau sebelum bermulanya tahun baru Hijrah, umat Islam disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan digandingkan dengan istighfar.

Doa Akhir Tahun

Maksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammas berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya.

Padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya.

Dan Engkau berlemah-lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami, malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. 

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami.

Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya.

Maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia. 

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentabir seluruh alam. 


Sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, Syaitan berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sumber: Adobe Stock

Doa awal tahun dan juga akhir tahun adalah suatu amalan yang baik dan sangat digalakkan untuk anda amalkan setiap tahun walaupun ia bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan.

Waktu Membaca Doa Akhir Tahun

Anda digalakkan untuk membaca doa akhir tahun Hijrah sebanyak tiga kali selepas solat Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah, dan perbanyakkan beristighfar sehingga masuknya waktu Maghrib.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kalendar Islam atau Hijrah, pertukaran hari atau tahun Hijrah bermula selepas masuknya waktu Maghrib.

Semoga bacaan doa akhir tahun ini dapat membantu menghapuskan dosa anda yang lepas serta amal ibadah anda diterima dan diredhai Allah s.w.t. Ayuh amalkan doa awal tahun hijrah pula!