Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Awal Muharram – Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah

doa awal muharram

Kredit gambar: istockphoto

Apabila memasuki tahun baru Islam, rakyat Malaysia akan menunggu waktu Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah untuk berdoa dengan doa awal Muharram yang juga dipanggil sebagai doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah.

Doa Awal Muharram – Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah

Tatacara bacaan doa awal Muharram mengikut Masjid Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

Bacaan doa ini dimulai dengan doa akhir tahun pada waktu selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah. Doa ini disarankan untuk dibaca sebanyak 3 kali:

Doa Akhir Tahun Hijrah

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @masjidwilayahpersekutuan

Terjemahan Doa Akhir Tahun Hijrah:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunanMu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Kemudian, setelah masuknya waktu Maghrib hari yang sama, itu menandakan telah masuknya awal Muharram iaitu 1 Muharram.

Doa awal Muharram diteruskan dengan membaca doa awal tahun hijrah pula. Sama seperti doa akhir tahun tadi, doa awal tahun ini pun dianjurkan untuk dibaca sebanyak 3 kali:

Doa Awal Tahun Hijrah

Kredit gambar: Facebook @masjidwilayahpersekutuan

Terjemahan Doa Awal Tahun Hijrah:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama­lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. KelebihanMu Maha Agung dan kemurahanMu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepadaMu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco­konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepadaMu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepadaMu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Berikut pula adalah doa awal Muharram oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan:

Doa Akhir Tahun

Kredit gambar: muftins.gov.my

MaksudnyaYa Allah, apa-apa tegahan dan laranganMu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu. Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaranMu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepadaMu. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Doa Awal Tahun

Kredit gambar: muftins.gov.my

MaksudnyaYa Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahanMu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindunganMu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolonganMu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingiMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaanMu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Doa Tambahan Awal Muharram

Selain itu, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan juga ada menyertakan doa tambahan untuk awal Muharram:

Kredit gambar: muftins.gov.my
Kredit gambar: muftins.gov.my
Kredit gambar: muftins.gov.my

Kedua-dua versi doa awal Muharram di atas adalah untuk doa beramai-ramai ya. Tetapi jika ingin berdoa untuk diri sendiri sahaja, bolehlah berdoa dengan doa awal Muharram daripada Jakim ini:

Kredit gambar: Twitter @MyJAKIM
Kredit gambar: Twitter @MyJAKIM

Doa Awal Muharram

Semoga Allah memakbulkan doa awal Muharram yang dipanjatkan dan selain daripada berdoa, marila bersama-sama berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

InsyaAllah..