Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Untuk Dibaca Ketika Barang Hilang Atau Dicuri

doa ketika barang hilang

Kredit gambar: istockphoto

Segala pemilikan yang ada pada kita hanyalah sementara, semuanya juga adalah milik Allah Yang Kekal. Dalam menjaga harta benda, kita mungkin akan terlepas pandang dan akan diuji dengan kehilangan harta.

Dalam agama Islam, kita dianjurkan untuk membaca beberapa doa tertentu apabila barang kita hilang.

Doa Untuk Dibaca Jika Barang Hilang

Ada beberapa doa yang boleh dibaca ketika barang hilang berserta dengan cara-caranya:

Doa untuk dibaca jika barang hilang (1)

Dalam perkongsian video oleh Islamic TV di YouTube, telah dijelaskan cara-cara terperinci untuk amalan doa yang patut dibaca ketika barang hilang:

1. Pastikan barang tersebut benar-benar dicuri ataupun hilang

2. Kemudian, baca surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Highlighted


3. Teruskan dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 7x

4. Berselawat ke atas Nabi S.A.W. sebanyak 7x

Sumber: twitter.com/coachmegat/status

5. Baca Ya Allah sebanyak 3x

6. Baca Asmaul Husna Ya Hafiidhu sebanyak 119x

7. Kemudian, berdoa memohon dikembalikan barang

Kredit gambar: kifarahmedia.com

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang-barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani. Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (sebutkan nama barang yang hilang tersebut) yang telah dicuri secepat mungkin.”

8. Jika ingin panjangkan doa, boleh lanjutkan dengan doa ini

“Ya Allah, berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini dan gantikan dengan yang lebih baik daripadanya.”

Doa untuk dibaca jika barang hilang (2)

Dalam perkongsian lain, Mommy juga boleh mengamalkan doa barang hilang seperti berikut:

Kredit gambar: merdeka.com

Bacaan dalam rumi:

Allahumma yaa jaami‘an naasi li yaumin laa raiba fiihi ijma’ bainii wa baina dhoollatii fii khairin wa ‘aa fiyah.

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan afiyah.”

Doa untuk dibaca jika barang hilang (3)

Dalam perkongsian yang sama, doa ini juga boleh dibacakan ketika barang hilang:

Maksudnya: “Wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk sesuatu yang hilang arah, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang hilang, kembalikanlah kepadaku barangku yang hilang dengan kemuliaanMu dan kekuasaanMu, sesungguhnya itu adalah dari pemberianMu dan kemurahanMu.”

Doa untuk dibaca jika barang hilang (4)

Maksudnya: “Ya Allah, ia adalah harta dan rezekiMu, dan aku adalah hambaMu, Engkau mempercayaiku ketika Engkau memberi aku rezeki. Ya Allah, beri aku ilham untuk bersyukur padaMu dengannya, dan beri aku kesabaran atasnya ketika Engkau mencabut dan mengambilnya.

Ya Allah, Engkau memberi dan Engkau mencabut. Ya Allah, jangan Engkau halangi aku untuk mendapatkan pahalanya dan jangan Engkau lupakan aku setelahnya di duniaku dan akhiratku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, aku milikMu, bersamaMu, menuju kepadaMu, dan berasal dariMu, aku tidak memiliki diriku sendiri untuk mendatangkan bahaya mahupun manfaat.”

Doa untuk dibaca jika barang hilang (5)

Berdasarkan perkongsian Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, berikut merupakan doa barang hilang yang harus dibaca sebanyak 10 kali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Berdoa Ketika Waktu Mustajab Doa

Sebaiknya, ketika Mommy hendak berdoa memohon kepada Allah untuk kembalikan barang yang hilang, doalah dengan doa-doa di atas ketika waktu makbulnya doa seperti:

  • Waktu antara azan dan iqamah
  • Ketika dalam sujud solat
  • Selepas solat fardhu
  • Apabila hujan turun
  • Di petang hari Jumaat
  • Pada malam Jumaat
  • Di sepertiga malam terakhir
  • Ketika bermusafir
  • Ketika menjelang berbuka puasa

Berdoalah dari hati yang khusyuk dan penuh keyakinan dan pengharapan kepada Allah. Perhatikanlah juga adab-adab berdoa supaya kita termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur kepadaNya.

Amalan Ketika Barang Hilang

Bukan sahaja dengan berdoa, kita juga boleh lakukan amalan-amalan tertentu untuk dapatkan kembali barang yang telah hilang.

Antaranya adalah:

  • Membuat solat hajat
  • Memohon doa dari ibu dan para alim soleh
  • Beristighfar memohon ampun atas segala dosa dan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan Allah

InsyaAllah, moga-moga dengan doa dan usaha kita ini, Allah S.W.T. akan memakbulkan hajat kita dan mengembalikan barang yang hilang berserta dengan hati yang bersyukur dan penuh tawaduk.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!