Hutang wajib dibayar. Semestinya kita semua sudah mengetahui tentang fakta itu.
Tapi bagaimana mahu menyelesaikanya? Tidak semua yang berhutang mampu menyelesaikan hutang mereka dengan segera.
Adakah Mommy juga hadapi tekanan disebabkan hutang ? Usah bimbang. Jika kita terlalu memikirkan ia akan menjejaskan kesihatan mahupun kegiatan seharian.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolongan kepada Tuhan. Ini kerana tiada perkara yang mustahil jika kita berusaha.
Mari Min kongsikan beberapa doa bebas hutang yang boleh Mommy amalkan.
Doa Bebas Hutang
Terdapat tiga doa khusus yang mustajab boleh Mommy amalkan agar bebas dari hutang.
#1. Doa Agar Dibebaskan Hutang & Terlepas Daripada Kefakiran
Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Riwayat Muslim (2713)
Bacaan Rumi:
Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran).
Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu.
Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”
#2. Doa Agar Dibebaskan Hutang, Sifat malas & Penindasan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Riwayat Abu Daud (4/353)
Bacaan Rumi:
Allaahumma Innii a’udzu bika minal-Hammi wal-Hazani wa ‘A’uudzu bika minal-‘Ajzi wal Kasali wa A’udzu bika minal-Jubni wal- Bukhli wa A’uudzu bika min-Ghalabatid-Daini wa Qahrir-Rijaal.
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
#3. DOA Agar Dibebaskan Hutang, Fitnah & Azab Kubur
Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Bacaan Rumi:
Allaahumma Innii a’udzu bika min Azabil Qabr, Wa a’udzu Bika Min Fitnatil Masihi Dajjal, Wa a’udzu Bika min Fitnatil Mahya Wamamati, Allahumma inni a’udzu bika minal Ma’sami wal Maghrami.
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Sumber: Muftiwp.com
Tips Bebas Hutang
1. Rajin berdoa & Yakin kepada Allah SWT
2. Menjalankan kewajipan sebagai hamba
Highlighted
3. Bersyukur segala nikmat
4. Amalkan 1000 Istighfar selepas subuh
5. Menjaga hubungan baik sesama manusia
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu Mommy agar bebas dari hutang serta diberi kecukupan dalam rezeki.
Dapatkan lebih banyak pilihan doa yang bermanfaat dan panduan ibadah di SINI.