Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai Yang Bagus Untuk Diamalkan

Bila nak berbuka, sesudah menyediakan juadah dan berkumpul beramai-ramai, kita digalakkan untuk berdoa sebelum menjamah makanan dan minuman.

Ia merupakan satu tertib yang menunjukkan kita beradab dan bersyukur dengan rezeki dan peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T..

Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

Banyak doa berbuka yang baik untuk diamalkan sama ada ketika berbuka berseorangan ataupun beramai-ramai.

Bila berkumpul bersama sanak-saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan, eloklah bacakan dahulu doa ini ya:

1. Doa berbuka puasa ramai 1

ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.A., telah dikatakan bahawa ketika Rasulullah S.A.W. hendak berbuka puasa, baginda telah membaca doa ini.

Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. – Riwayat Abu Daud (2357)

2. Doa berbuka puasa ramai 2

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Telah diriwayatkan daripada Muaz bin Zuhrah, Rasulullah S.A.W. telah bersabda sedemikian ketika hendak berbuka.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. – Riwayat Abu Daud (2358)

3. Doa berbuka puasa ramai 3

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya: “Ya Allah keranaMu kami berpuasa, DenganMu kami beriman, kepadaMu kami berserah dan dengan rezekiMu kami berbuka (puasa) dengan rahmatMu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”.

4. Doa berbuka puasa ramai 4

Highlighted

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. ketika baginda berbuka puasa di rumah orang lain telah berdoa sedemikiannya.

Maksudnya: “Orang-orang yang berpuasa telah berbuka dengan kamu, dan orang-orang yang mulia telah memakan makanan kamu serta para malaikat telah mendoakan agar kamu mendapat rahmat.” –Hadith Sahih riwayat Abu Daud

Koleksi Doa Sebelum Berbuka

Terutamanya ketika 10 minit sebelum berbuka, waktu inilah waktu yang mustajab untuk berdoa memohon segala hajat.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” – HR Ibnu Majah

Rugilah jika kita tidak mengambil kesempatan ini untuk meminta kepadaNya. Di sini kami kongsikan beberapa doa yang baik untuk dipohon ya:

1. Doa supaya keturunan menjaga solat

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”. – Surah Ibrahim, ayat 40

2. Doa selamat daripada hutang

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah diriku dengan rezeki yang halal daripadaMu daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Cukupkanlah aku dengan bergantung harap kepada kelebihanMu daripada aku bergantung kepada selain daripadaMu”. – Rriwayat at-Tirmizi

3. Doa memohon perlindungan

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)”. – Riwayat al-Bukhari

4. Doa dipermudahkan segala urusan

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah”. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar

Atau boleh amalkan doa-doa yang disenaraikan di dalam artikel INI.

5. Doa meminta dijauhi daripada syirik kepada Allah

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada melakukan syirik kepadaMu sedang aku mengetahuinya dan aku minta ampun daripadaMu di atas perbuatan yang aku tidak mengetahuinya”. – Riwayat Ahmad

6. Doa untuk malam lailatul qadar

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, sukakan kemaafan maka ampunkanlah dosa hambaMu”. – Riwayat At-Tirmizi

7. Doa untuk ibu bapa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

8. Doa minta dijauhkan dari azab neraka

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.”

9. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat .”

Di atas adalah senarai beberapa doa berbuka puasa ketika ramai yang bagus untuk dipohon menjelang waktu berbuka. Jika anda mempunyai hajat lain di hati, mintalah kepada Allah S.W.T. dengan penuh pengharapan dan keyakinan pada waktu ini.

InsyaAllah, doa-doa yang baik akan diterima di sisi Allah.

Kredit gambar: istockphoto

Doa Adalah Senjata Orang Mukmin

Ketika menjelang waktu berbuka, sama-samalah kita berdoa yang baik-baik untuk diri sendiri dan mereka di sekeliling kita. Apabila azan berkumandang, jangan lupa untuk baca doa berbuka untuk beramai-ramai di atas ya?

Moga dengan itu, kita mendapat keberkatan pada rezeki yang diberikan dan menambahkan lagi rasa syukur di dalam diri. InsyaAllah.