Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pastinya inginkan mahligai yang dibina kekal bahagia hingga akhir nafas.
Harapan kalau tak diselitkan dengan iringan doa dan usaha, membuatkan hubungan anda suami isteri bakal retak menanti belah.
Dalam Islam, terdapat banyak petikan doa yang boleh anda amalkan terutama doa dan harapan di hari ulang tahun pernikahan yang semestinya sudah menjadi rutin tahunan setiap pasangan.
Sewajarnya setiap pasangan baik suami atau isteri hendaklah mengamalkan dan memanjatkan doa-doa untuk kebahagiaan hakiki dalam rumah tangga bukan hanya pada ulang tahun pernikahan, tetapi setiap hari bahkan pada setiap waktu.
Dalam perkongsian di bawah, terdapat beberapa petikan doa dan harapan di hari ulang tahun pernikahan juga pada waktu lain yang boleh anda berdua amalkan. Jom lihat!
Senarai Doa dan Harapan di Hari Ulang Tahun Pernikahan
Berikut adalah doa dan harapan di hari ulang tahun pernikahan yang boleh menjadi amalan suami isteri iaitu:
#1. Doa Dan Harapan Di Hari Ulang Tahun Pernikahan Agar Rumah Tangga Berkekalan
Perpisahan dalam rumah tangga yang dibina adalah perkara yang paling ingin dielakkan dan dijauhkan. Oleh itu, bersempena dengan ulang tahun pernikahan, bacalah dan amalkan doa di bawah.
Dengan itu, semoga Allah jaga hubungan yang terbina ini dan berkekalan hingga ke syurga.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Ali-Imran: 32)
#2. Doa dan Harapan untuk Melembutkan Hati Pasangan
Hubungan suami isteri akan lebih bahagia apabila pasangan mudah ditegur, mudah menerima nasihat, mudah dibawa berbincang dan berlembut dengan pasangan.
Oleh itu, doa dibawah sesuai diamalkan supaya Allah jadikan pasangan kita seorang yang berlembut dalam segala hal.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya:
“Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, hilangkanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti ucapanku”
(Surah Taha: 25-28)
#3. Doa dan Harapan Agar Rumah Tangga Diberkati
Rumah tangga yang diberkati pastinya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amalkan doa di bawah, InsyaAllah bukan sahaja rumah tangga diberkati tetapi juga apa jua yang dilakukan akan diberkati oleh Allah S.W.T.
اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ وَارْزُقْنِيْ مِنْهُمْ وَارْزُقْهُمْ مِنِّي. اَللّٰهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ وَفَرِّقْ بَيْنَنَا
إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
Maksudnya:
“Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.”
#4. Doa dan Harapan Agar Dikurniakan Pasangan dan Keturunan yang Baik
Setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapatkan pasangan dan anak-anak yang baik. Jadikan doa dibawah sebagai amalan dan dengan izin Yang Maha Esa, doa kita mungkin dimakbulkan. Doa ini juga baik untuk diamalkan agar pasangan yang kita kahwini terbuka hati untuk berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Furqan :74)
#5. Doa dan Harapan Diberikan Kebaikan Dunia dan Akhirat
Sebagai orang Islam, kita haruslah meletakkan pengharapan kita hanya pada Allah S.W.T.
Hanya Allah yang mampu memberika kebaikan kepada kita samada dunia dan akhirat. Oleh itu, sentiasa amalkan doa di bawah semoga semua ahli keluarga beroleh kebaikan dunia dan akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
“Ya Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.”
(Surah al-Baqarah: 201)
Tips Rumah Tangga Bahagia Selain Amal Doa Dan Harapan Di Hari Ulang Tahun Pernikahan
Selain dari mengamalkan doa seperti di atas, sebagai suami isteri perlu berusaha untuk menjadikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
Berikut adalah tips rumah tangga bahagia yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri:
- Perlu mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
- Sentiasa lebihkan keluarga berbanding perkara dan orang lain.
- Sentiasa solat berjemaah dan membaca al-quran bersama.
- Sentiasa cuba untuk memahami sifat dan kehendak pasangan.
- Tingkatkan kemahiran komunikasi antara pasangan. Berbincanglah dengan baik sekiranya terdapat masalah.
- Elakkan pendam perasaan yang boleh menjadi pencetus pergaduhan.
- Bertolak ansur bukan sahaja dengan pasangan malahan dengan anak-anak.
- Isteri haruslah sentiasa menjaga penampilan agar kelihatan menarik di hadapan suami. Begitu juga dengan suami.
- Elakkan merokok yang menyebabkan bau tidak senang dan jaga kebersihan diri untuk keselesaan bersama isteri dan sebaliknya.
- Sekiranya berlakunya pergaduhan atau masalah, ingat semula momen indah dan manis bersama. Selain itu, kenang kembali jasa pasangan kepada kita.
- Lakukan banyak aktiviti bersama seperti makan, bercuti dan bersenam bersama.
- Hangatkan rumah tangga dengan kata-kata romantis dan pujian kepada pasangan.
Selain berusaha, amalkan semua doa yang kami kongsikan ini, untuk meningkatkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga di samping memohon keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Diharapkan dengan perkongsian ini, kita semua beroleh manfaat!
Dapatkan pelbagai lagi panduan doa dan ibadah yang lain di SINI!