Sudah tentu menjadi impian setiap orang untuk mendapatkan kerja yang diinginkan. Betul tak Mommy?
Namun, pada zaman kini bukanlah masa yang sesuai untuk memilih pekerjaan dan hanya tertumpu pada satu pilihan sahaja disebabkan oleh faktor ekonomi yang semakin meningkat.
Bagi mereka yang masih menunggu panggilan temuduga, masih menunggu jawapan, jangan cepat berputus asa tau!
Selain daripada berusaha memohon pekerjaan di sana sini, janganlah lupa untuk berdoa dan memohon pertolongan dengan Allah SWT. Selebihnya, bertawakal sahaja kerana rezeki tidak pernah salah alamat.
Mari Min kongsikan kepada Mommy doa yang mujarab untuk mudah dan cepat mendapat pekerjaan yang boleh diamalkan sebelum dan selepas pergi hadir ke temuduga.
Doa Mudah Untuk Dapat Kerja
1. Doa Supaya Cepat Dapat Kerja
Highlighted
اَللهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي، وَوَسَعْ خُلُقِيْ، وَطَيِّبْ لِي كَسَبِيْ وَقَنَعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي، وَلاتَذْهَبْ قَلْبِيْ إِلَى شَيْءٍ صَرَّفْتَهُ عَلَيْ
Bacaan Rumi:
Allaahummaghfir Lii Dzanbii, Wa Wassi’ Khuluqii, Wa Thayyib Lii Kasabii, Wa Qanni’nii Bimaa Razaqtabii, Wa Laa Tadz-hab Qalbii Ilaa Syai-in Sharraftahu ‘Annii.
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunillah dosaku, perluaslah (muliakanlah) akhlakku, berilah untukku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku puas menerima apapun yang Engkau karuniakan kepadaku, dan janganlah Engkau buat hatiku mengingat apapun yang telah Engkau palingkan dariku”.
(HR. Ibnu An- Najjar)
2. Doa Supaya Cepat Diterima Kerja
.اللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا أَبْوَابَ الْخَيْرِ وَأَبْوَابَ الْبَرَكَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وَأَبْوَابَ الْقُوَّةِ وَأَبْوَابَ الصَّحَةِ وَأَبْوَابَ السَّلاَمَةِ وَأَبْوَابَ الْجَنَّةِ
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا . بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bacaan Rumi:
Allahummaftah ‘Alainaa Abwaabal Khairi Wa Abwaabal Khairi Wa Abwaabal Barakati Wa Abwaaban Nimati Wa Abwaabal Quwwati Wa Abwaabashshihhati Wa Abwaabas Salaamati Wa Abwaabal Jannati. Rabbanaa Aatinaa Min Ladunka Rahmatan Wa Hayyi Lanaa Min Amrinaa Rasyadaa. Bismillaahi Tawakkaltu ‘Alallaahi Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah.
Maksudnya:
Ya Allah, bukakanlah atas kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu berkah, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu keselamatan, dan pintu- pintu surga. Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya, tidak ada daya serta kekuatan melainkan hanya dengan kekuasaan dan pertolongan Allah.
Amalkan dengan yakin dan sentiasa -lah berdoa supaya dipermudahkan segalanya.
Semoga perkongsian ini membantu Mommy dan Daddy untuk lebih bersemangat mencari rezeki.
Dapatkan panduan doa-doa dan ilmu keagamaan yang lain di SINI.