Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Himpunan Doa Dipermudahkan Segala Urusan Yang Boleh Diamalkan Dalam Apa Jua Situasi

Sumber: Adobe Stock

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berdoa sebelum membuat sesuatu perkara, dan bertawakkal setelah urusan tersebut selesai.

Dalam segala urusan yang kita lakukan, tentu terdapat cabaran-cabarannya tersendiri, sama ada kecil atau besar.

Allah s.w.t. berfirman:

Highlighted


Maksudnya:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Surah Al-Ankabut: Ayat 2

Untuk melakukan apa-apa urusan atau menangani apa jua masalah, anda boleh mengamalkan bacaan doa untuk dipermudahkan segala urusan.

Terdapat banyak pilihan doa sebegini yang anda boleh bacakan dan amalkan sama ada jenis yang panjang atau yang pendek.

Sumber: Getty Images

Di sini Motherhood ingin berkongsi 11 pilihan doa dipermudahkan segala urusan bagi beberapa jenis perkara yang boleh diamalkan.

11 Himpunan Doa Dipermudahkan Segala Urusan Untuk Diamalkan

1. Doa Ashabul Khafi (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)

Maksud:

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat disisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini”

2. Doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

Maksud:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

3. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah: Ayat 255)

Maksud:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

4. Doa Nabi Musa (Surah Taha: Ayat 25-28)

Maksud:

“Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku”

5. Surah Al-Baqarah (Ayat 286)

Maksud:
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”

6. Surah Al-A’raf (Ayat 89)

Maksud:
“Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil). Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya”

7. Surah At-Tahrim (Ayat 8)

Maksud:
“Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

8. Surah Al-Insyirah (Ayat 5-6)

Maksud:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”

9. Surah Al-Imran (Ayat 173)

Maksud:
“Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha Pelindung”

10. Hadis Riwayat Ibnu Hibban

Maksud:
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”

11. Hadis Riwayat Muslim

Maksud:
“Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku.
Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan”
Jika anda banyak membaca atau kerap mengamalkan doa-doa seperti yang disebut di atas, anda perlu yakin dengan pertolongan dari Allah s.w.t.
Sama ada urusan yang telah selesai memberikan ganjaran atau tidak, ia sudah tentu menjadi ketentuan Allah s.w.t. yang mempunyai hikmatnya tersendiri.
Sumber: Getty Images
Sebagai umat Islam, kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai doa-doa yang bermanfaat tidak kira jika kita berada dalam keadaan senang atau susah kerana kita memerlukan dan memang bergantung kepada pertolongan Allah s.w.t.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat diamalkan serta mempermudahkan segala urusan anda.