Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lindung Diri dan Keluarga Dengan Mengamalkan 8 Doa Elak Sihir Ini!

doa elak sihir

Kredit gambar: timesofindia.indiatimes.com

Walaupun kita sekarang ini berada di dunia moden yang serba canggih, namun jangan pandang enteng dengan sihir. Sentiasa jaga dan lindung diri serta keluarga dengan mengamalkan doa elak sihir yang dikongsikan di dalam perkongsian ini.

Hal ini perlu, sebabnya bukan semua orang berniat baik, ada juga yang cemburu dan iri hati dengan kehidupan kita. Disebabkan rasa cemburu, dengki atau apa sahaja niat yang tidak baik itu, ramai yang mula hilang pertimbangan dan antara jalan mudah yang akan dilakukan adalah dengan menghantar sihir tanpa kita sedar.

Oleh itu, bagi melindungi diri anda agar selamat daripada bahaya mata jahat, jin, sihir dan musuh, amalkan beberapa pilihan doa hindar sihir di bawah!

Senarai Pilihan Doa Elak Sihir

Highlighted

Kredit gambar: digpu.com

Berikut merupakan beberapa doa pelindung sihir atau doa jauhi sihir yang boleh diamalkan iaitu:

#1. Amalkan Surah al-Fatihah

Kredit gambar: beanahomequran.com

Maksudnya:

“Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, buka (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

#2. Ayat Qursi Sebagai Doa Pelindung Sihir

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ

Allahu laaa ilaaha illaa huwal haiyul qai-yoom. laa taakhuzuhoo sinatunw wa laa nawm; lahoo maa fissamaawaati wa maa fil ard. Man zallazee yashfa’u indahooo illaa be iznih. Ya’lamu maa baina aideehim wa maa khalfahum
wa laa yuheetoona beshai ‘immin ‘ilmihee illa be maa shaaaa. Wasi’a kursiyyuhus samaa waati wal arda wa la ya’ooduho hifzuhumaa. Wa huwal aliyyul ‘azeem.

Maksudnya:

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

#3. Zikir Sebagai Doa Pelindung Sihir

Amalkan membaca zikir ini:

“La hawla wa la quwwata illa billah”

Maksudnya:

“Tiada daya atau kekuatan kecuali dengan Allah.”

#4. Doa Elak Pukau dan Sihir Dengan Surah al-Ikhlas

Untuk melindungi diri anda daripada terkena sihir, amalkan untuk membaca Surah Al Ikhlas, Surah Falaq dan Surah Nas, setiap 3 kali pada waktu pagi dan petang.

Rasulullah S.A.W. pernah berlindung dari jin dan juga dari mata yang jahat sehingga diturunkan Surah al-Falaq dan an-Naas. Apabila mereka diturunkan, dia memanfaatkannya dan meninggalkan yang lain.

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

#5. Doa Rawat Kesan Ilmu Hitam

Anda juga boleh membaca doa berikut untuk menyembuhkan sakit kepala dan menghilangkan segala kesan buruk ilmu hitam atau sihir. Caranya adalah dengan membaca ayat di bawah lalu hembus patah pada dahi.

اَعُوْذُ بِعِزَّۃِ اللهِ. وَ قُدْرَۃِ اللهِ. وَ قُوَّۃِ اللهِ. وَ عَظَمَۃِ اللهِ. وَ بُرْہَانِ اللهِ. وَ سُلْطَانِ اللهِ. وَ کَنَفِ اللهِ. وَ جَوَارِ اللهِ. وَ اَمَانِ اللهِ. وَ حِرْزِ اللهِ. وَ سُنْعِ اللهِ. وَ کِبْرِیَآئِ اللهِ. وَ نَظَرِ اللهِ. وَ بَہَائِ اللهِ و. َ جَلاَلِ اللهِ. وَ کَمَالِ اللهِ. وَ جَمَالِ اللهِ. لاَ اِلٰہَ اِلاَّ اللهُ. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ مِنْ شَرِّ مَا اَجِدُ.

AO’od’u Bi-I’zzatillaahi. Wa Qudratillaahi. Wa Quwwatillaahi. Wa A’z’matillaahi. Wa Burhaanillaahi. Wa Sult’aanillaahi. Wa Kanafillaahi. Wa Jawaarillaahi. Wa Amaanillaahi. Wa H’irzillaahi. Wa S’un-Illaahi. Wa Kibriyaa-Illaahi. Wa Naz’arillaahi. Wa Bahaa-Illaahi. Wa Jalaalillaahi. Wa Kamaalillaahi. Wa Jamalillaahi. Laa Ilaaha Illallaahu Muh’ammadun Rasoolullaahi Min Sharri Ma Ajidu.

Maksudnya:

“Aku berlindung (untuk mendapatkan perlindungan daripada kejahatan yang mengancamku) dengan kuasa Allah, kuasa Allah, kekuatan Allah, kebesaran Allah, pertunjukkan Allah, kedaulatan Allah, pertolongan Allah, keselamatan Allah, pengampunan Allah, perisai Allah, kemurahan Allah, kebanggaan Allah, perhatian Allah, keindahan Allah, kebesaran Allah, kesempurnaan Allah, tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

#6. Doa Hindari Sihir Melalui Surah al-A’raf Ayat 54-56

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ أَلَا لَهُ ٱلْخَلْقُ وَٱلْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Inna rabbakumullahullazi khalaqas-samawati wal-arḍa fi sittati ayyamin summastawa ‘alal-‘arsy, yugsyil-lailan-nahara yaṭlubuhụ ḥasisaw wasy-syamsa wal-qamara wan-nujụma musakhkharatim bi’amrihi ala lahul-khalqu wal-amr, tabarakallahu rabbul-‘alamin

Maksudnya:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”

#7. Amal Surah al-Qasas Ayat 35

Selain itu, boleh juga amalkan surah elak sihir dalam Surah al-Qasas ayat 35 sebanyak 7 kali selepas selesai solat tahajjud untuk memusnahkan kesan sihir iaitu:

قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَٰنًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا ۚ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنتُمَا وَمَنِ ٱتَّبَعَكُمَا ٱلْغَٰلِبُونَ

Maksudnya:

“Allah berfirman: “Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang.”

#8. Doa Jauhi Sihir

Allaahumma Inee As-Aluka Bih’aqqi Muh’ammadin Wa Aali Muhammadin. An Tus’alliya A’laa Muh’ammadin Wa Aali Muh’ammadin Wa An Tunjiyanee

Maksudnya:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu Dengan Nama Hak Muhammad dan Anak-anak Muhammad. Melimpahkan Selawat ke atas Muhammad dan kepada anak-anak Muhammad serta membebaskanku (dari segala kesusahan yang menimpaku).”

Walaupun ramai masih menganggap perkara ini adalah kolot dan ketinggalan zaman, namun jangan dipandang ringan sekiranya anda melaluinya. Segeralah berubat dan mengamalkan semua doa-doa mengelakkan sihir yang kami lampirkan di atas sebagai salah satu ikhtiar untuk melindungi diri dan merawat sekiranya anda terkena.


Dapatkan pelbagai lagi petikan doa dan panduan ibadah yang lain di SINI!