Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Bunuh! Sebaiknya, Baca Doa Halau Semut Yang Diceritakan Dalam Al-Quran Ini

doa halau semut

Kredit gambar: istockphoto

Di dalam kitabullah, ada disebutkan beberapa haiwan yang kita dilarang untuk membunuh mereka. Antara haiwan tersebut adalah serangga yang dinamakan semut.

Larangan ini adalah berdasarkan kisah benar yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Kisah Nabi Sulaiman A.S dan Semut Dalam Al-Quran

Dalam sebuah surah iaitu Surah Al-Naml, telah diceritakan kisah mengenai Nabi Sulaiman A.S. dan tentera semut. Makna surah ini sendiri (Naml) adalah semut.

Berikut adalah ayat ke-18 dan 19 dalam surah ini:

Highlighted

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

Melalui perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah dijelaskan pengertian ayat ke-18 dalam tafsir Al-Jalalayn:

Apabila mereka sampai di lembah semut iaitu di kota Thaif atau di negeri Syam (yang dimaksud adalah semut-semut kecil dan semut-semut besar). Telah berkata raja semut ketika melihat bala tentara Nabi Sulaiman: “Hai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kalian, agar kalian tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedarinya”. Semut dianggap sebagai makhluk yang dapat bercakap, namun percakapan ini hanya berlaku sesama mereka sahaja.

Kisah Mengenai Semut Dalam Hadis

Kredit gambar: istockphoto

Bukan sahaja dalam Al-Quran, terdapat juga beberapa hadis yang menceritakan perihal semut dan larangan membunuhnya.

Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

نزَل نبيٌّ منَ الأنبياءِ تحتَ شجرةٍ ، فلدَغَتْه نملةٌ ، فأمَر بجهازِه فأُخرِج من تحتِها ، ثم أمَر ببيتِها فأُحرِق بالنارِ ، فأَوحى اللهُ إليه  فهلَّا نملةً واحدةً

Maksudnya: “Terdapat seorang nabi daripada nabi-nabi telah singgah di bawah sebuah pohon, kemudian baginda telah digigit oleh seekor semut,. Maka baginda memerintahkan agar mengeluarkan semut tersebut dari bawah pohon itu lalu memerintahkan agar membakar sarang semut tersebut. Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi tersebut : “Apakah hanya kerana seekor semut (yang mengigitmu lalu kamu membakar kesemuanya)”. – Riwayat al-Bukhari, kitab permulaan penciptaan makhluk, bab lima haiwan yang tergolong fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram, no.hadith 3072, Muslim, kitab salam, bab larangan membunuh semut, no.hadith 4158, Abu Daud, kitab Adab, bab membunuh semut kecil, no.hadith 4581

Doa Untuk Halau Semut

Kita ditegah untuk membunuh semut tetapi apabila sudah terlalu banyak, susah juga kan? Sehinggakan air kosong pun dihurungnya.

Sebab itulah kita dianjurkan untuk membaca doa halau semut berdasarkan surah Al-Naml yang dinyatakan di atas:

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Ulangilah membaca ayat ini beberapa kali dengan yakin dan insyaAllah, tentera semut akan menjauh.

Larangan Membunuh Semut

Berdasarkan fatwa dan pendapat ulama dalam perihal membunuh semut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan lebih cenderung dengan pendapat bahawa kita memang tidak boleh membunuh semut.

Namun, jika ada sebarang mudarat atau ancaman daripada serangga ini, maka dibolehkan untuk membunuhnya. Walaupun begitu, hendaklah dilakukan dengan penuh ihsan.

Doa Untuk Halau Semut

Cubalah untuk amalkannya Mommy dan Daddy ya? Semoga dengan berkat ayat Al-Quran, Allah S.W.T. mengizinkannya. InsyaAllah.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.