Pada setiap nafas, adalah elok untuk diiringi dengan doa mengharapkan kebaikan daripada Allah S.W.T.. Pada waktu pagi, petang dan malam, mohonlah kepada Allah doa-doa yang baik supaya menjadi hambanya yang beruntung di dunia dan akhirat.
Doa Harian di Waktu Pagi
Berikut adalah doa-doa yang elok diamalkan di waktu pagi:
1. Doa bangun tidur
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya kami akan kembali. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
2. Zikir selepas bangun dari tidur
3. Doa pada waktu pagi
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. – Riwayat lbnu as-Sunni dan lbnu Majah
4. Zikir pada waktu pagi (7x)
Maksudnya: Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ‘Arasy yang agung. – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud
5. Doa dipermudahkan urusan
Maksudnya: Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar
6. Doa ketika menanggalkan pakaian
Maksudnya: Dengan nama Allah. – Riwayat at-Tirmizi
7. Doa ketika memakai pakaian
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku. – Riwayat Ahlus Sunan
8. Zikir pada waktu pagi (3x)
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatupun yang boleh memudaratkannya. – Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, lbnu Majah dan Ahmad
9. Zikir pada waktu pagi (3x)
Maksudnya: Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai nabi.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka dia akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. – Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’ie dan lbnu as-Sunni
10. Zikir pada waktu pagi (100x)
Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali sehari, nescaya Allah akan mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang dan tiada sesiapa pun yang lebih baik daripada amalannya itu kecuali mereka yang beramal lebih banyak daripada amalannya. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
11. Zikir pada waktu pagi (3x)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan aku memujiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, keredhaanNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya.– Riwayat Muslim
12. Doa keluar dari rumah
Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah. – Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi
Doa Harian di Waktu Petang
Berikut adalah doa-doa yang elok diamalkan di waktu petang:
1. Doa masuk ke dalam rumah
Maksudnya: Dengan nama Allah, kami masuk ke dalam rumah, dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah, tuhan kami, kami bertawakal. – Riwayat at-Tirmizi dan lbnu Majah
2. Zikir pada waktu petang (7x)
Maksudnya: Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ‘Arasy yang agung. – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud
3. Doa waktu petang (3x)
Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhlukNya. – Riwayat Ahmad, an-Nasa’ie, lbnu As-Sunni, at-Tirmizi dan lbnu Majah
Sabda Rasulullah S.A.W.: Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan terkena gigitan kala jengking pada waktu malamnya.
4. Doa minta selamat dari syirik kepada Allah
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada melakukan syirik kepadaMu sedang aku mengetahuinya dan aku minta ampun daripadaMu di atas perbuatan yang aku tidak mengetahuinya. – Riwayat Ahmad
5. Zikir pada waktu petang (3x)
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatupun yang boleh memudaratkannya. – Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, lbnu Majah dan Ahmad
6. Zikir pada waktu petang (3x)
Maksudnya: Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai nabi.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka dia akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. – Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’ie dan lbnu as-Sunni
7. Zikir pada waktu petang (100x)
Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali sehari, nescaya Allah akan mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang dan tiada sesiapa pun yang lebih baik daripada amalannya itu kecuali mereka yang beramal lebih banyak daripada amalannya. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Doa Harian di Waktu Malam
Berikut adalah doa-doa yang elok diamalkan di waktu malam:
1. Doa sebelum tidur
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.
2. Doa ketika terkejut di tengah malam
Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan pembalasanNya, daripada kejahatan hamba-hambaNya, daripada hembusan dan tiupan syaitan dan daripada kehadirannya. – Hadith riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi
3. Doa memohon perlindungan
Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). – Riwayat al-Bukhari
4. Doa menghilangkan kesusahan
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Amalan Doa-Doa Harian
Bergantung kepada situasi dan masa, doa-doa dan zikir-zikir tertentu lebih sesuai untuk keadaan dan masa yang tertentu. Tetapi jika maknanya umum, tidak terkait dengan masa, boleh je berdoa pada bila-bila.
Asalkan ia dari hati yang yakin dan tidak lalai, insyaAllah, Allah akan memakbulkan doa-doa hambanya yang baik.
Ketahui pelbagai jenis doa harian yang lain di SINI.