Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kulit Muka Berjerawat? Mari Amalkan Doa Hilangkan Jerawat Untuk Kesan Yang Lebih Baik!

Jerawat bukan sahaja menyebabkan kulit muka dan badan tidak bersih tetapi boleh menyebabkan seseorang itu stress dan kurang keyakinan diri.

Dah cuba produk kecantikan pun masih belum nampak kesan?

Jangan bimbang, Mommy boleh amalkan doa hilangkan jerawat ini dan jadikan ia sebagai rutin harian sebelum memakai sebarang produk.

Doa Hilangkan Jerawat

Highlighted


1. Doa Menghilangkan Jerawat dari Hadis

اَللّٰهُمَّ مُطْفِىءَالْكَبِيْرِ وَمُكَبِّرِالصَّغِيْرِ اَطْفِىَٔهَاعَنِّيْ

Allahumma muthfi’al kabir wa mukbira shaghiri athfi’ha anni

Maksudnya: Ya Allah dzat yang memudarkan yang besar dan membesarkan ayng kecil, maka pudarkanlah (hilangkan) bisul atau jerawat itu dariku

(HR An Nasa’i)

2. Doa Menghilangkan Jerawat

اللهم مصغر الكبير ومكبر الصغير صغر مابي

Allahumma mushogharal kabiiri wa mukabarash shaghiri soghor mabii.

Maksudnya: Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil, kecilkanlah apa yang menimpaku ini.

3 Bahan Organik Yang Berkesan Menghilangkan Jerawat 

Selain mengamalkan doa untuk menghilangkan jerawat, Mommy juga boleh cuba melakukan beberapa cara untuk menghilangkan jerawat itu sendiri.

1. Cuka Epal 

Cuka epal dipercayai mengandungi asid organik yang dapat membunuh bakteria, menekan peradangan dan memperbaiki parut bekas jerawat di muka mahupun jerawat badan.

  • Sapukan cuka epal pada keseluruhan muka yang berjerawat

2. Madu dan Kayu Manis

Gabungan madu dan kayu manis memiliki sifat antibakteri yang boleh membantu untuk melawan bakteri penyebab jerawat.

  • Campurkan madu dan kayu manis. Sapukan di keseluruhan muka seperti masker dan biarkan dalam 20 minit.

3. Teh Hijau 

Teh hijau juga dapat membantu mengurangkan jerawat. Kandungan polifenol dalam teh hijau mampu membantu melawan bakteria dan mengatasi jerawat.

  • Dengan menggunakan serbuk teh hijau, Mommy letakkan sedikit air untuk dijadikan pes.
  • Kemudian, sapukan pes teh hijau tersebut ke tempat jerawat dan lakukan beberapa kali untuk kesan yang efektif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu Mommy untuk dapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat.

Mudah kan, jangan lupa try guna bahan organik untuk mengurangkan jerawat dekat kulit muka tau Mommy.


Dapatkan lebih banyak panduan dan doa yang menarik di SINI.