Dalam usaha menjaga kesihatan si kecil, penting untuk memahami bagaimana doa dapat membantu menghilangkan kembung perut bayi.
Kembung perut adalah satu masalah yang sering dialami oleh bayi, dan doa hilangkan kembung perut bayi yang dikongsikan dalam artikel di bawah boleh menjadi satu bentuk sokongan rohani yang membantu meredakan ketidakselesaan yang dirasai oleh mereka.
Dengan memanjatkan doa dan meminta perlindungan serta kesejahteraan untuk bayi yang tersayang, diharapkan agar kembung perut yang dialami anak anda dapat segera sembuh, memberikan ketenangan kepada anda, dan memastikan si kecil merasa lebih selesa.
Senarai Doa Hilangkan Kembung Perut Bayi
#1. Surah Al-Fatihah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin, Arrahmaanirrahiim, Maaliki yaumiddiin, Iyyaka na’budu waiyyaaka nastaiin, Ihdinashirratal mustaqim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.“
#2. Membaca Selawat
Adalah lebih baik jika anda membaca selawat sebelum memulakan bacaan apa-apa doa untuk lebih mustajab. Anda boleh mulakan dengan membaca selawat ini:
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Maksudnya:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SAW yang berkat berselawat ke atas baginda, akan merawati hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.”
#3. Doa untuk Hilangkan Kesakitan
بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya:
“Dengan nama Allah Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.”
#4. Doa Penyejuk
Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA, Rasulullah S.A.W. telah bersabda iaitu:
Rasulullah SAW bertemu dengan Aisyah RA yang sedang kesakitan kerana demam, lalu baginda bertanya, “Kenapa dengan dirimu?” Jawab Aisyah, “Demi ayah dan ibuku demamlah yang menjadikan aku begini”.
Nabi SAW bersabda, “janganlah engkau sumpah ia ( demam) kerana ia hanya mengikut perintah tetapi kalau mahu aku ajarkan kamu beberapa perkataan yang apabila engkau baca Allah SWT akan menghilangkan demam itu daripadamu”.
Aisyah berkata, “Ajarkan aku”. Rasulullah SAW bersabda, “Katakanla (doa di bawah)”. Maka Aisyah membaca doa tersebut dan sembuhlah dia.
.اللَّهُمَّ ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيقَ
وَعَظْمَهُ الدَّقِيقَ، وَ عِرْقَهُ الصَّغِيرَ، مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيقِ،
ياَ أُمَّ مِلْدَمٍ ، إِنْ كُنْتِ ءامَنْتِ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ،
فَلاَ تُصَدِّعِى الرَّأْسَ، وَلاَتُنْتِنِي الْفَمَ ، وَلاَتَشْرَبِي الدَّمَ ،
وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللَّهِ إِ لَهًا ءَاخَر.
Allahummarham jildahu-rraqiiqa
Wa’azmahu ddaqiiqa, wa iirqahu ssaghiira, min syiddatil- hariiqi,
ya umma mildami, in kunti aamanti billahi-a’ziimi,
fala tusoddi’ii ra’sa, wala tuntinil-fama, wala tashrabiddama,
watahawwali ‘anhu ila manittakhaza ma’allahi ilahan aakhara.
Maksudnya:
“Ya Allah, Kasihanilah kulit aku yang lembut dan tulang aku yang halus daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala dan janganlah kau makan daging, dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah dariku kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.”
#5. Doa Bagi Mengubati Kembung Perut
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru
Maksudnya:
“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.”
#6. Doa Seorang Ibu antara Doa Hilangkan Kembung Perut Bayi yang Mustajab
Selain mengamalkan doa-doa di atas, sebagai seorang ibu, doa anda sangatlah mustajab. Oleh itu, perbanyakkan berdoa kepada Allah untuk dikurniakan kesembuhan buat anak tersayang.
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya:
“Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.”
(Riwayat Ibn Majah)
Semoga dengan perkongsian doa hilangkan kembung perut bayi di atas, anak anda tidak lagi berada dalam ketidakselesaan.
Dapatkan pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah yang lain di SINI!