Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Amalkan Gaya Hidup Sihat! 4 Pilihan Doa Yang Dapat Membantu Untuk Menghilangkan Sakit Perut

Membaca doa adalah salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan selain daripada makan ubat ketika anda mengalami sakit perut.

Perut adalah organ paling penting dalam proses pencernaan manusia. Oleh itu, sakit perut yang melampau boleh menganggu kegiatan dan aktiviti seharian.

Jangan bimbang, mari min kongsikan beberapa doa yang mustajab dapat menghilangkan sakit perut tersebut dan anda boleh amalkan pada bila-bila masa sahaja.

4 Doa Untuk Menghilangkan Sakit Perut 

Highlighted


1.Doa Sakit Perut yang Diajarkan Rasulullah SAW

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Bacaan Rumi: A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan”.

2. Doa Sakit Perut pada Bayi

 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Bacaan Rumi: Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa-iha wa afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa `ala alihi wa shohbihi wa sallim

Maksudnya:  “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyehat badan dan kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya. Semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabatnya”.

3. Doa Menyembuh Sakit Perut 

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Bacaan Rumi: A’uzu billahi waqudrotihi min syarrima ‘ajidu wa’uhaziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khuatirkan”.

4. Doa Menghilangkan Sakit Perut 

لَا فِيهَا غَوْلٌ وَ لَا عَنْهَا يُنْزَفُونَ

Bacaan Rumi: La feeha ghawlun wala hum Anha yunzafun 

Maksudnya: “Ia menghalangi dengan tiada sebab, demikian juga ia tidak dipenatkan dengannya”.

Tips Mengatasi Sakit Perut di Rumah

1. Minum Air Putih Secukupnya

2. Beristirahat yang Cukup 

3. Makan Makanan yang Berkhasiat  

4. Elakkan Makanan yang Mengandung Gas Tinggi 

Antara makanan yang mengandung gas cukup tinggi dan patut dihindarkan adalah:

  • kekacang
  • sayuran jenis cruciferous
  • buah-buahan
  • susu dan produk yang berkaitan susu
  • makanan berlemak
  • makanan dan minuman yang mengandung pemanis buatan
  • minuman bersoda

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mencari doa untuk menghilangkan rasa sakit perut dan tips untuk mengatasi sakit perut.


Dapatkan lebih banyak panduan ibadah dan doa di SINI.