Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Doa Untuk Hilangkan Masalah Sembelit Yang Berkesan

Masalah sembelit kemungkinan kerap berlaku pada bayi mahupun orang dewasa.

Sembelit bermaksud kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.

Tahukah Mommy, sistem pencernaan dan penghadaman yang berlaku menunjukkan satu fungsi badan yang sangat berkesan.

Jangan bimbang, sembelit bukanlah satu penyakit. Ia masih boleh dirawat dan dicegah dengan menjaga pemakanan dan rutin aktiviti yang sihat.

Doa Untuk Hilangkan Sembelit #1                                                           

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذَاقَنِي لَذَّتَهُ، وَأَبْقَى مَنْفَعَتَهُ فِي جَسَدِي، وَأَخْرَجَ عَنِّي أَذَاهُ

Bacaan rumi: Alhamdu lillahil ladzii adzaaqonii ladzdzatahuu wa abqoo manfa’atahuu fi jasadii wa akhroja ‘annii adzaahu.

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah merasakan kepadaku kelezatan makanan, dan melestarikan manfaatnya dalam tubuhku, dan mengeluarkan dariku keburukan atau penyakitnya.”

Doa Untuk Hilangkan Sembelit #2  

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأَحَاذِرُ

Bacaan Rumi: Audzuu bi izzatillahi wa qudratihi minsyari maa ajidu wa ahaziru

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti

7 Punca Kepada Masalah Sembelit 

  • Perubahan dalam diet atau rutin harian
  • Tidak makan serat dengan mencukupi
  • Dehidrasi
  • Keadaan kesihatan tertentu seperti diabetes, lupus atau hipotiroidisme
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu, contohnya opioid, diuretik, penyekat saluran kalsium
  • Tidak melakukan aktiviti fizikal mencukupi
  • Gangguan gastrousus seperti sindrom kerengsaan usus (IBS)

6 Petua Untuk Hilangkan Masalah Sembelit

Selain daripada mengamalkan doa hilangkan sembelit di atas, Mommy juga boleh cuba tips dan petua untuk hilangkan sembelit di bawah:

1. Minum air putih

Highlighted


Minum air putih yang secukupnya, paling kurang 2 liter sehari. Najis menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan.

2. Banyakkan pergerakan fizikal

Lakukan senaman dan regangan, banyakkan berjalan

Pergerakan fizikal tersebut akan melancarkan peredaran darah, bagus untuk pencernaan dan merangsang pergerakan usus kita.

3. Ambil dari sayuran dan buahan

Sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak serat dan fiber. Ia menyebabkan usus besar cepat penuh dan rangsang pergerakan usus besar jadi najis mudah dikeluarkan.

4. Elakkan air kopi atau air manis

Ketagihan kopi dan air manis menjadi punca kepada masalah sembelit.  Kopi mengandungi kafien yang menjadikan tubuh badan seseorang itu mengalami dehidrasi.

5. Ambil makanan berherba dan rempah

Makanan yang mengandungi herba dan rempah ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan manis sangat bagus untuk melegakan perut.

Herba ni memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ limpa, hati dan perut.

6. Lakukan senaman mengcangkung

Ketika mengalami sembelit, senaman mengcangkung memberi tekanan pada perut dan usus. Sekaligus memberi gesaan untuk kita membuang air besar.

Masalah sembelit yang melampau perlu mendapatkan rawatan atau ubat bagi membantu atasi sembelit. Ini kerana ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.

Semoga perkongsian ini membantu Mommy dan sekeluarga untuk mengatasi masalah sembelit!


Dapatkan lebih banyak koleksi doa untuk kesihatan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.