Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Dimana, ia akan berlaku kepada seseorang wanita hanya ketika mereka dalam haid sahaja. Sepanjang tempoh haid, sakit senggugut adalah sakit yang boleh menganggu emosi wanita dan segala aktiviti harian.
Jangan risau, Mommy boleh amalkan doa hilangkan senggugut di bawah bagi memudahkan segala urusan harian Mommy dengan lebih baik.
Doa Hilangkan Kesakitan Senggugut
1. Bacaan Selawat sebanyak 3x
2. Al-fatihah – 1x
3. Ayat Kursi – 1x
4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 sebanyak 3x
وَاللَّهُ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءَ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Bacaan Rumi:
Maksudnya: “Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)”.
5. Surah Ali Imran: Ayat 5,6 sebanyak 3x
إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَسْمَاءِ هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ في الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Bacaan Rumi:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca.
Semoga dapat membantu menghilangkan sakit senggugut Mommy dan melegakan perut.
Cara Atasi Sakit Senggugut Ketika Haid
1. Jangan Minum Kopi dan Minuman Bergas
Highlighted
Kandungan kafein dalam kopi akan meningkatkan tekanan darah yang menjadi punca kepada krem dalam perut. Elakkan minum ketika sedang kedatangan haid.
Minuman bergas pula dikatakan sangat tajam kerana boleh menyebabkan usus perut terluka dan semakin menipis.
2. Banyakkan pergerakan
Banyakkan melakukan aktiviti dan pergerakan seperti jogging kerana boleh membantu badan untuk membuang hormon endorphins yang mampu meredakan kesakitan dan krem dalam perut.
3. Minum Air Suam
Kandungan air dalam badan yang berkurangan ketika haid juga menjadi penyebab kepada sakit senggugut dan perut kembung.
Pastikan minum air suam dengan banyak sekurang-kurangya dua atau tiga liter sehari.
4. Aroma Terapi
Penggunaan aroma terapi adalah satu cara untuk mengalihkan perhatian anda ketika sakit.
Wangian seperti sweet marjoram dan juga lavender mampu memberikan ketenangan pada anda dan juga minda.
5. Makan Buah Nenas
Masih ramai yang tidak tahu tentang khasiat nenas untuk melegakan senggugut.
Kandungan antioksidan yang sangat tinggi serta kandungan nutrisi yang sangat baik, ia dapat membantu untuk melembutkan bahagian rahim dan juga sebagai enzim yang memberikan bantuan kepada otot supaya lebih relax ketika haid dan sengugut.
Sakit senggugut bergantung kepada antibodi dan sistem badan seseorang wanita tersebut. Jika, Mommy mengalami senggugut yang teruk segera rujuk ke doktor dan dapatkan rawatan yang secepatnya.
Semoga perkongsian ini membantu mereka yang sedang mengalami senggugut dengan berkesan!
Amalkan doa dan panduan keagamaan yang lain di SINI.