Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pilihan Doa-Doa Yang Indah Buat Ibu Bapa Tersayang

doa ibu bapa

Sumber: Adobe Stock

Ibu bapa adalah orang yang paling penting dan dihormati dalam kehidapan seseorang anak. Allah s.w.t. memberkati sesiapa sahaja yang taat dan berbakti kepada ibu bapa mereka.

Terdapat banyak firman dan hadith tentang kepentingan mentaati dan menghormati ibu bapa.

Allah s.w.t. berfirman:

Highlighted


Maksudnya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.”

Surah Al-Isra’: Ayat 23

Sumber: Getty Images

Seseorang anak boleh membuat doa untuk ibu bapa mereka, tak kira di mana mereka berada, dan sama ada yang masih hidup atau sudah pun meninggal dunia.

Hadis indah  berikut menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk ibu bapa mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

 “Darjat seseorang dapat dinaikkan setelah kematiannya. Dia bertanya; Tuhanku, bagaimana ini boleh berlaku? Dia kemudian diberitahu; anakmu telah mendoakan keampunanmu.”

Hadis riwayat Ibnu Majah dan Malik dari Abu Hurairah

Begitulah tingginya darjat ibu bapa dalam Islam. Kewajipan seseorang anak kepada ibu bapa adalah kedua terpenting selepas kewajipannya kepada Allah s.w.t.

Kita diperintahkan untuk sentiasa bersopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa sertan berbuat kebaikan terhadap kedua ibu bapa.

Dalam satu lagi hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Riwayat Muslim (1631)

Sumber: Getty Images

Beberapa buah doa boleh menjadi pilihan untuk anda sebagai doa buat ibu bapa seperti berikut.

2 Jenis Doa Yang Boleh Dibacakan Untuk Ibu Bapa

1. Lafaz Doa Untuk Ibu bapa Yang Dibaca Ketika Berseorangan

Bacaan dalam RUMI:

Rabbanagh firli waliwalidayya walilmukminiina yau ma yaquumul hisaab

Maksud:

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

Surah Ibrahim: Ayat 41

 

Bacaan dalam RUMI:

Waqul robbir hamhumaa kama rabbayaani soghiro

Maksud:

“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Surah Al-Isra’: Ayat 24

Bacaan dalam RUMI:

Robbighfirlii waliwaa lidayya waliman dakhola baitiya mukminan walilmukminiin walmukminaati walaa tazidizzoolimiina illa tabaroo

Maksud:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan”

Surah Nuh: Ayat 28

2. Lafaz Doa Untuk Ibu bapa Yang Dibaca Kepada Dirinya Dan Kedua Ibubapanya

Bacaan dalam RUMI:

Allahummaghfirlanaa zunuubanaa waliwaa lidaina warhamhumaa kamaa robbayaana soghooro

Maksud:

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil”

Bacaan dalam RUMI:

Allahummaghfirlii zunuubii waliwa lidiyyi warhamhumaa kamaa robbayaani sighiiro

Maksud:

“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil”


Sumber: Getty Images

Secara amnya doa-doa yang disebutkan di atas boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai seperti selepas solat fardhu atau sebelum tidur.

Semoga panduan doa ibu bapa ini dapat memudahkan bacaan doa anda buat ibu bapa tersayang. Jom cuba amalkan doa dan zikir di pagi hari.