Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Amalan dan 7 Doa Ibu Mengandung Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Bagi seseorang wanita yang sedang hamil, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebagai suatu langkah awal untuk menjamin bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Perkara-perkara tersebut termasuklah memperbanyakkan ibadah dan doa, berakhlak baik, dan sentiasa bersyukur.

Tambahan pula, perkara-perkara ini boleh diamalkan supaya mudah-mudahan Ibu beroleh bakal anak yang taat, bijak, dan soleh.

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak kan? Walaupun masih dalam kandungan, semua perkara ini boleh diamalkan seawal yang mungkin, iaitu sebaik sahaja anda mendapati yang anda sedang mengandung.

Amalan-Amalan Ibu Mengandung

Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan ibu mengandung termasuk:

1. Memperbanyakkan mengingati Allah SWT

Highlighted

Kredit: sindonews.net

Bakal ibu sangat digalakkan untuk  memperbanyakkan mengingati Allah SWT, mudah-mudahan Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan membersihkan hati Ibu dari perasaan yang tidak baik.

Dengan ini juga diharapkan anak yang akan bakal dilahirkan nanti akan selalu bersih hatinya dan Ibu juga dapat bersalin dengan tenang dan baik.

2. Rajin beribadat dan bersedekah

Kredit: popmama.com

Ibu hamil juga digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat seperti mendirikan solat sunat di waktu malam atau berqiamulail.

Kalau mampu, Ibu juga boleh berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Bersedekah pula dapat membuat bakal ibu berasa tenang hati dan ganjarannya akan berlipat kali ganda.

3. Kerap membaca al-Quran

Kredit: griyaalquran.id

Sewaktu hamil, sambil-sambil berehat atau selepas solat, apa kata bakal ibu perbanyakkan membaca al-Quran dan cuba memahami isi kandungannya.

Lebih elok kalau Ibu baca al-Quran secara lisan, terutama sekali bila anak dalam kandungan sudah mencapai lima bulan ke atas kerana mereka boleh mula mendengar suara Ibu.

Pasti ibu rasa bahagia dapat membaca al-Quran kepada bakal anak sejak dalam kandungan lagi.

4. Sentiasa berakhlak baik

Menjaga akhlah senang bunyinya, kan? Tapi ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuk lah perkara-perkara yang mungkin Ibu rasa temeh, seperti bersikap baik dengan orang yang tidak dikenali seperti pembantu kedai, atau pun berborak-borak kosong dengan jiran.

Ibu perlu elakkan diri daripada bersikap sebegini kerana ia mungkin boleh mempengaruhi anak dalam kandungan atau bila dilahirkan nanti.

5. Menjaga pemakanan

Kredit: tstatic.net

Walaupun nampak perkara ini macam perkara duniawi sahaja, ia juga dikira sebagai ibadah apabila kita memakani makanan yang berkhasiat untuk bayi dalam kandungan, terutama sekali makanan-makanan sunnah.

Memakan makanan yang kaya dengan zat dan nutrisi yang cukup akan membantu proses kehamilan untuk berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

6. Ikhlas dan banyakkan bersyukur

Seorang cahaya mata adalah anugerah Allah SWT yang sangat besar dan indah dan harus disyukuri. Ibu bapa telah diberi satu amanah berupa anak, dan ibu bapa perlu terima kehamilan itu dengan ikhlas dan tenang hati, yakni kehamilan yang benar-benar dikehendaki. Allah SWT berfirman:

“…atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya) dan Dia menjadikan mandul siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(Asy-Syuura:50)

7. Perbanyakkan doa

Sebagai seorang hamba yang lemah, kita perlu perbanyakkan  doa untuk memudahkan segala urusan harian dan untuk sentiasa berada di jalan yang benar.

Apatah lagi bila diberi anugerah kehamilan, Ibu perlu selalu memanjatkan doa agar diberi kekuatan dan kemudahan sejak awal kehamilan sehinggalah bersalin.

Ibu perlu berdoa juga agar bayi yang dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan bijak.

Berikut merupakan antara doa ibu mengandung yang sering dinasihatkan untuk bakal ibu amalkan sepanjang kehamilan.

7 Doa Ibu Mengandung

Jadi apakah doa-doa yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil?

  1. Surah al-Furqan, ayat 74

    “Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”

     

  2. Doa Ketika Hamil Empat Bulan

    “Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk, dengan menyebut asma Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Dari Allah, kepada Allah, tidak ada yang menang kecuali Allah, tiada yang bisa berlari dari Allah, Dia Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.Kami memohon perlindungan bagi janin yang berumur empat bulan ini pada Allah Yang Maha Lembut, Yang Maha Menjaga, tiada tuhan selain Dia Yang Maha Mengetahui hal-hal gaib dan terlihat. Dia Maha Pengasih lagi Penyayang.

    Kami memohon perlindungan bagi janin ini pada kalimat-kalimat Allah yang sempurna, asma-asma-Nya yang agung, ayat-ayat-Nya yang mulia, huruf-huruf-Nya yang diberkati dari kejelekan manusia dan jin, dari godaan malam, siang, dan waktu, dan dari segala fitnah, bala dan maksiat, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang meniup buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki saat mereka mendengki.

    Ya Allah jadikanlah dia (janin) ini sebagai anak yang saleh, mulia, sempurna, berakal, alim, bermanfaat, terberkati, dan bijaksana. Ya Allah, hiasi dia dengan hiasan akhlak yang mulia dan rupa dan indah, memiliki wibawa dan tingkah yang manis, dan ruh yang suci lagi agung.

    Ya Allah, tulis takdirnya sebagai bagian dari para ulama yang saleh, penghafal dan pengamal Al-Qur’an yang bisa mendekatkannya pada surga beserta para Nabi, wahai Dzat paling mulia diantara mereka yang mulia dan Dzat Pemberi rizqi Terbaik.

    Ya Allah berikan rizqi pada dia dan ibunya untuk taat yang diterima, untuk mengingat Engkau, bersyukur pada-Mu, dan beribadah yang baik pada-Mu. Jaga dia dari keguguran, kekurangan, cacat, malas, dan bentuk yang tercela hingga ibunya melahirkannya dalam kondisi sehat wal afiat, secara mudah, gampang, tanpa sakit, susah, dan penat. Dengan syafaat Nabi Muhammad SAW.”

     

  3. Doa Harian

    “Ya Allah, jagalah anakku selama ia berada dalam perut isteriku, sihatkan ia, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyihatkan, tak ada kesihatan kecuali kesihatan dari-Mu, kesihatan yang tak terganggu penyakit. Ya Allah, bentukkan ia yang ada di perut isteriku dalam rupa yang baik, tetapkan dalam hatinya keimanan pada-Mu dan pada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku pada saat kelahirannya secara mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah ia utuh, sempurna, berakal, cerdas, banyak beramal. Ya Allah, panjangkan umurnya, sihatkan jasadnya, baguskan rupanya, dan fasihkan lisannya untuk membaca hadis dan Al-Qur’an Yang Agung, dengan berkah Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.”

     

  4. Surah al-Baqarah, ayat 255 (Ayat Kursi)

    “Ya Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa´at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. “

     

  5. Doa Mohon Bayi Cepat Lahir

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ

    “Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau semua kebaikan, yang cepat dan yang lambat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan, yang cepat dan yang lambat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui.”

  6. Doa Mohon Anak Yang Dilahirkan Cantik Paras Rupa (Surah Yusuf, ayat 4)

    “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”

     

  7. Doa Jika Hati Gelisah Menjelang Bersalin

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau jiwa yang tenang, yang memeprcayai adanya perjumpaan dengan Engkau, rela terhadap ketentuan Engkau, dan merasa puas dengan pemberian Engkau”

 

Semoga beberapa doa ibu mengandung yang mudah ini dapat dipraktikkan bakal-bakal ibu dan memudahkan serta mengindahkan lagi perjalanan kehamilan ibu.

Bagi ibu-ibu yang dah dekat dengan tarikh bersalin, boleh cuba lihat doa mudah bersalin disini. Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar buat bakal ibu.