Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Amalkan Doa Jodoh Ini Dalam Menjemput Pasangan Yang Terbaik Untuk Kita Dari Sisi Allah

doa jodoh

Kredit gambar: istockphoto

Orang kata, antara keputusan terbesar yang boleh mengubah kehidupan kita sama ada ke arah yang lebih baik atau lebih buruk adalah memilih pasangan hidup.

Secara puratanya, kita hidup bersama ahli keluarga kita sekitar tempoh 25 tahun. Dengan pasangan kita, kita akan berkongsi hidup lebih lama daripada tempoh ini sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah. S.W.T.

Doa Jodoh Dalam Menjemput Pasangan Yang Terbaik Dari Sisi Allah

Ramai yang mungkin berfikir bahawa usaha merekalah yang mendorong mereka untuk bertemu dan mendapat pasangan yang baik. Yang sebenarnya, segalanya telah ditentukan dan diizinkan oleh Allah.

Jika usaha kita yang menjadi penentu, mengapakah ramai yang berpisah setelah bertahun lamanya kenal dan bercinta? Seharusnya, hanya pada Allah lah tempat kita bergantung harap dan meminta.

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak kongsikan beberapa doa yang elok untuk diamalkan dalam menjemput jodoh dan pasangan yang terbaik.

Doa Jodoh (1)

Antara doa yang terbaik untuk diamalkan tentunya daripada Al-Quran, kalam dari Allah. Bolehlah amalkan doa daripada Surah Al-Furqaan, ayat 74:

Highlighted

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Doa Jodoh (2)

Dalam surah lain iaitu Surah Al-Anbiyaa’ ayat 89, doa Nabi Zakaria ini juga bagus untuk menjemput jodoh dalam perkahwinan yang dirahmati Allah:

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Doa Jodoh (3)

Selain daripada itu, selitkanlah doa Nabi Musa dalam urusan harian, terutamanya selepas solat. Meskipun pendek, doa ini mempunyai fadhilat yang tersendiri di sisi Allah.

Dalam Surah Al-Qasas, ayat 24:

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”

Doa Jodoh (4)

Jodoh adalah sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan untuk hambaNya di dunia. Dalam Surah Nuh, perhatikanlah maknanya pada ayat ke-10 hingga ke-12.

Kredit gambar: surah.my

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): ‘Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.’

Kredit gambar: surah.my

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Kredit gambar: surah.my

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

Doa Jodoh (5)

Dalam berdoa kepada Allah, kita sering kali terlupa bahawa dosa kita boleh menjadi penghalang daripada makbulnya doa itu.

Jadi selain daripada berdoa dengan ayat-ayat suci Al-Quran ini, adalah baik jika kita sentiasa melazimi istighfar, memohon keampunan pada Allah.

Jika Allah mengampuni kita dan redha pada kita, maka amat beruntunglah kita. Allah pasti akan memakbulkan doa hambaNya yang berusaha meraih redhaNya.

Doa Jodoh

Setiap kali selepas solat dan pada bila-bila masa sahaja, amalkanlah doa-doa jodoh yang dikongsikan di atas ini ya? Semoga dengan amalan doa-daoa ini, Allah akan mengurniakan kita pasangan yang terbaik dari sisiNya, melengkapi kehidupan kita di dunia dan akhirat.


Dapatkan panduan doa-doa dan ilmu keagamaan yang lain di SINI.