Impian setiap pasangan untuk memiliki keluarga yang bahagia.
Kebahagiaan yang dimaksudkan bukanlah daripada segi harta dan kekayaan tetapi lebih kepada kasih sayang serta hubungan sesama ahli keluarga.
Kebahagiaan hanya akan dirasai jika menjiwai sesuatu keadaan itu dengan baik.
Mari lihat beberapa doa keluarga bahagia yang boleh Mommy amalkan dan kongsikan bersama keluarga.
Doa Keluarga Bahagia
Highlighted
#1. Doa Untuk Keluarga Bahagia Dunia Akhirat
Amalkan doa ini selepas solat, dan jadikan ia sebagai rutin harian supaya dapat memiliki keluarga yang sentiasa harmoni.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Surah Al-Furqan: 74)
Bacaan Rumi: Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan semua keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
#2. Doa Kasih Sayang Berpanjangan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
Riwayat Tirmidzi (3490) Status Hadith: Hassan
Bacaan Rumi: Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu.”
#3. Doa Mohon Kebaikan Pelindung Dari Keburukan
Memperbanyakkan membaca doa ini agar dijauhkan diri kita, pasangan, anak-anak dan keluarga daripada mempunyai hasad dengki, iri hati dan sifat tamak.
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
Surah Al-Hujurah: 7
Bacaan Rumi: Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami kepada kekafiran, kefasikan, dan kederhakaan serta masukkanlah kami ke dalam golongan-golongan orang yang mendapat petunjuk dariMu.”
#4. Doa Memohon Zuriat Yang Baik dan Anak Soleh
Amalkan doa ini untuk mendapat zuriat atau anak-anak yang baik dan mendengar kata.
Yakin dan bersungguh-sungguh dalam meminta agar dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah serta baik akhlaknya.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Surah Al-Imran: 38
Bacaan Rumi: Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar (menerima) doa permohonan.” –
#5. Doa Jauhi Hasad Dengki Orang & Keluarga
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Surah Al-Hashr: 10
Bacaan Rumi: Rabbanaghfirlaana wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbaanaa innaka rauufur rahiim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pelembut dan Pengasih Penyayang.”
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Mommy untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia.
Dapatkan lebih banyak pilihan doa yang menarik di SINI.