Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Untuk Orang Yang Sakit Agar Diberi Kesembuhan. Mari Amalkan!

doa kesembuhan

Rasa sakit adalah suatu anugerah yang harus disyukuri kerana Allah memberikan rasa sakit sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap mahluknya. Apabila sakit, kita akan segera menyedari kelemahan kita sebagai hamba. Kita akan segera mengingati Allah dan berdoa agar diberi kesembuhan.

Mommy tahu setiap penyakit pasti ada ubat. Sebagai hamba, selain berusaha dalam mencari ubat untuk kesembuhan haruslah seiring dengan doa iaitu yakin apabila meminta pertolongan kepada Allah SWT.

Jangan sesekali Mommy berputus asa, dan mengeluh dalam menghadapi sesuatu penyakit atau masalah.

Doa Untuk Kesembuhan Yang Boleh Diamalkan 

Highlighted


#1. Doa Ketika Menjenguk Orang Sakit 

أَسْأَلُ الله الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Bacaan Rumi: As alullaahal ‘azhiim rabbal ‘arsyil ‘azhiim an yasyfiyaka

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah yang Agung. Tuhan ‘arasy yang megar agar menyembuhkanmu.”

#2. Doa Untuk Orang Sakit 

للَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَجَلِيْ قَدْ حَضَرَ فَأَرِحْنِي وَإِنْ كَانَ مُتَأَخِّراً فَارْفَعْنِيْ وَإِنْ كَانَ بَلَاء فَصَبِّرْنِي

Bacaan Rumi: Allaahumma in kaana ajalii qad hadora fa arihnii wa in kaana mutaakhkhiran far fa’nii wa in kaana balaa-an fashabbirni

Maksudnya: “Ya Allah, jika ajalku telah tiba, maka senangkanlah aku, jika ajalku masih lama, maka angkatlah penyakit ini, dan jika memang ini adalah sebuah musibah, maka anugerahkanlah kesabaran untukku.”

#3. Doa Kesembuhan 

(٧x) أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Bacaan Rumi: As’alulallah hal-‘adzhiima rabbal ‘arsyil ‘adzhiimi an yasyfiyaka (7x)

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb Arsy yang Agung, untuk menyembuhkanmu.”

#4. Doa Cepat Sembuh Untuk Orang Sakit Parah 

Berdasarkan Riwayat Imam Muslim, doa ini pernah ditujukan kepada Sa’ad. Dalam doa di bawah, nama Sa’ad digunakan. Gantilah nama Sa’ad dengan nama pesakit yang anda ziarahi :

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ

Bacaan Rumi: Allahummasyfi Sa‘dan. Allahummasyfi Sa‘dan. Allahummasyfi Sa‘dan

Maksudnya: “Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad. Tuhanku, sembuhkan Sa‘ad.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

#5. Doa Kesembuhan Diri Sendiri 

رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Bacaan Rumi: Robbahu annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin.

Maksudnya: “ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”

Tips Melawat Orang Ketika Sakit

  1. Membawa buah tangan
  2. Menziarahi pada waktu yang sesuai
  3. Jangan bising dan gelak ketawa di hadapan orang sakit
  4. Mendoakan kesembuhan pesakit
  5. Menjaga adab dan berpakaian sopan

Semoga dengan perkongsian mengenai doa untuk orang sakit ini memberikan Mommy panduan yang bermanfaat dalam memohon kesembuhan sakit pada diri sendiri atau orang sekeliling.


Klik SINI untuk panduan dan ibadah yang lain untuk Mommy sekeluarga.