Meskipun sakit dianggap sebagai satu ujian tetapi ketahuilah bahawa sakit adalah cara Allah untuk menghapus dosa-dosa kita sebagai manusia.
Bersabar dalam setiap ujian yang diberikan dan sering meminta, berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
Selain mendapatkan rawatan, amalkan juga doa-doa ini agar cepat sembuh!
5 Pilihan Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Sakit
Highlighted
1. Doa agar diangkat segala penyakit
امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ
Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta
“Tuhan manusia, sembuhkanlah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.”
2. Doa untuk orang sakit dengan nama khusus
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ
Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fi dinika wa jismika ilā muddati ajalika
Maksudnya: “Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”
3. Doa agar disembuhkan dari penyakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman
Maksudnya: “Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.”
4. Doa kesembuhan dan memohon ampunan
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ
Bacaan Rumi: Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa’afaka fi dinika wa jismika ila muddati ajalika
Maksudnya: “Wahai (sebutkan nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiakanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”
5. Doa Kesembuhan yang Diajarkan Nabi Ayyub
رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
Bacaan Rumi: Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin
Maksudnya: “(Ya Tuhanku), sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.”
(Surah An-Anbiya, ayat 83)
Kelebihan Menziarahi Orang Sakit
“Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudara seagama kerana Allah maka malaikat akan berkata kepadanya, beruntunglah kamu dan beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah) bahawa kamu telah menempah syurga sebagai tempat tinggalmu.
(Riwayat Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah)
1. Allah SWT bersama-sama dengan orang yang menziarahi pesakit
2. Malaikat berselawat ke atas orang yang menziarahi pesakit
3. Orang yang menziarahi pesakit akan mendapat rahmat dan keampunan.
4. Malaikat meminta ampun bagi orang yang menziarahi orang sakit.
5. Berada dalam kebahagiaan dan nikmat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dapatkan lebih banyak panduan ibadah dan pelbagai doa pilihan di SINI.