Doa merupakan senjata orang mukmin dan terdapat banyak pilihan doa termasuklan doa ketika sedih, doa ketika berada dalam kegelisahan, doa penenang hati bahkan doa-doa berkisarkan rutin harian juga turut ada. Bukan itu sahaja, banyak kelebihan berdoa ini dan antara yang utama adalah ia dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Di saat kita berada dalam kesedihan, kegelisahan dengan keadaan hati yang tidak tenang serta rasa keseorangan, hanya doa sahaja yang dapat kita pohon untuk mengharap pertolongan dan belas kasihan dari Allah S.W.T dan dengan cara berdoa ini jugalah, ia akan mendekatkan lagi kita dengan-Nya dan menjadikan diri kita kuat dan rasa sangat-sangat disayangi.
Buat anda yang hati dalam keadaan gundah-gelana dan sedang mencari ketenangan, jom amalkan semua pilihan doa ketika sedih ini untuk lebih tenang dan tenteram!
Senarai Doa Ketika Sedih
#1. Doa Ketika Sedih dan Kecewa
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh”
(Sahih Bukhari)
#2. Doa Ketika Sedih Agar Diberi Pertolongan
Doa ketika sedih yang seterusnya yang boleh anda amalkan adalah doa penenang hati atau doa tenangkan hati sewaktu sedih disamping memohon pertolongan dari Allah dalam setiap urusan iaitu:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths
Maksudnya:
“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Doa ini juga boleh dijadikan sebagai doa kuatkan hati dan semangat ketika sedih.
#3. Doa Ketika Sedih Agar Dipermudah Hidup
Bagi anda yang sukar menyelesaikan masalah dan terkesan dengannya, boleh amalkan doa kuatkan hati merangkumi doa penenang hati ini.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla
Maksdunya:
“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya”.
(Sahih Ibnu Hibban)
Ketika sedih, amalkan doa tenangkan hati dan perasaan ini supaya segalanya akan menjadi lebih mudah.
#4. Doa Ketika Sedih dan Gelisah
Amalkan doa tenangkan hati ini untuk atasi segala kesedihan yang membelenggu diri iaitu:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
(Sahih Bukhari)
#5. Doa Elak Dari Menzalimi Diri Sendiri
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin
Maksudnya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
#6. Doa Berlindung Dari Gangguan Syaitan
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat Al-Walid Ibnul Walid iaitu:
أعُوذُ بِكَلِماتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّياطِينِ وأنْ يَحْضُرُونِ
A’udzu bi kalimatilahit tammati min ghadhabihi, wa ‘iqabihi, wa syarri ‘ibadihi, wa min hamazatis syayathini wa an yahdhurun
Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, seksa-Nya, keburukan hamba-Nya, gangguan syaitan, dan syaitan yang hadir”.
#7. Doa Untuk Jernihkan Fikiran Yang Kusut
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَلْبِيْ، وَنُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ سَمْعِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَصَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ شَعْرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَشَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ لَحْمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ دَمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ. وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِيْ، وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِيْ، وَنُوْرًا عَنْ شِمَالِيْ، وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِيْ، وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِيْ. اَللّٰهُمَّ زِدْنِيْ نُوْرًا، وَاَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا
Allahummaj’al li nuran fī qalbi, wa nuran fi qabri, wa nuran fi sam’i, wa nuran fi bashari, wa nuran fi sya’ri, wa nuran fi basyari, wa nuran fi lahmi, wa nuran fi dami, wa nuran fi ‘izhami, wa nuran min bayni yadayya, wa nuran fi khalfi, wa nuran ‘an yamini, wa nuran ‘an syimali, wa nuran min fawqi, wa nuran min tahti. Allahumma zidni nura. Wa a’thini nura. Waj’al li nura. Waj’alni nura
Maksudnya:
“Ya Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, kuburku, pendengaranku, penglihatanku, rambutku, kulitku, dagingku, darahku, tulang-tulangku, di hadapanku, belakangku, sisi kananku, sisi kiriku, sisi atasku, dan pada sisi bawahku. Ya Allah tambahkanlah cahaya bagiku. Berikanlah cahaya kepadaku. Jadikanlah cahaya bagiku. Jadikanlah diriku bercahaya.”
Istiqamah dalam berdoa sebenarnya mendidik jiwa kita dengan meletak sepenuh pengharapan hanya pada Allah dan bukan hamba-Nya dan dari situ juga bermulalah hati yang kental tanpa ragu dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi dalam menghadapi ujian mendatang.
Semoga dengan perkongsian doa ketika sedih ini, sedikit sebanyak mampu membuatkan anda berasa lega dan mula istiqamah dengannya.
Selain pilihan doa ini, dapatkan juga pelbagai pilihan doa dan tips serta panduan keagamaan yang lain di SINI!