Selesainya membaca sebuah Al-Quran, perasaan tu memang tak boleh diungkap. Bermacam-macam perasaan yang datang menerjah dalam diri, terutamanya jika anda telah berusaha sekian lamanya untuk khatam.
Bila dah khatam, rasa seronok tu tidak terhingga kan? Kalau anak-anak yang khatam, para ibu dan bapa mesti bersungguh nak buat majlis khatam Al-Quran untuk meraikan dan mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah S.W.T..
Cara (Kaifiat) Dan Panduan Khatam Al-Quran
Untuk khatam Al-Quran, ada cara dan tertibnya yang tertentu. Ini disebut juga sebagai kaifiat, yang selalu diamalkan oleh orang dulu-dulu setelah anak mereka khatam Al-Quran.
Dalam perkongsian blog Al-Quran dan Tajwid ini, biasanya majlis khatam Al-Quran akan diketui oleh Imam atau Tuan Guru untuk mengetuai dan memulakan bacaan-bacaan sepanjang majlis ini. Secara beriringan, para hadirin akan turut serta membacanya beramai-ramai.
Jom, kita cuba amalkan untuk meraikan usaha pengkhatam dan sama-sama menjemput redha dan barakah dari Ilahi.
1. Baca Surah Al-Fatihah beramai-ramai:
2. Baca Surah Adh-Dhuha beramai-ramai:
3. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
4. Baca Surah Ash-Sharh beramai-ramai:
5. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
6. Baca Surah At-Tin beramai-ramai:
7. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
8. Baca Surah Al-‘Alaq beramai-ramai:
9. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
10. Baca Surah Al-Qadr beramai-ramai:
11. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
12. Baca Surah Al-Bayyinah beramai-ramai:
13. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
14. Baca Surah Al-Zalzalah beramai-ramai:
15. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
16. Baca Surah Al-‘Adiyat beramai-ramai:
17. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
18. Baca Surah Al-Qari’ah beramai-ramai:
19. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
20. Baca Surah Al-Takathur beramai-ramai:
21. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
22. Baca Surah Al-‘Asr beramai-ramai:
23. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
24. Baca Surah Al-Humazah beramai-ramai:
25. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
26. Baca Surah Al-Fil beramai-ramai:
27. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
28. Baca Surah Al-Quraysh beramai-ramai:
29. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
30. Baca Surah Al-Ma’un beramai-ramai:
31. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
32. Baca Surah Al-Kawthar beramai-ramai:
33. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
34. Baca Surah Al-Kafirun beramai-ramai:
35. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
36. Baca Surah Al-Nasr beramai-ramai:
37. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
38. Baca Surah Al-Masad beramai-ramai:
39. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
40. Baca Surah Al-Ikhlas beramai-ramai:
41. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
42. Baca Surah Al-Falaq beramai-ramai:
43. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
44. Baca Surah An-Nas beramai-ramai:
45. Baca beramai-ramai:
لا إله إلا الله والله أكبر
46. Baca Surah Al-Fatihah beramai-ramai:
47. Baca Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 beramai-ramai:
48. Baca Doa Khatam Al-Quran
49. Baca Terjemahan Doa Khatam Al-Quran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat al-Qur’an. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Qur’an, dan jadikanlah sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa dari al-Qur’an, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Qur’an, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Qur’an itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Qur’an, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Qur’an, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Qur’an, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Qur’an. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Qur’an. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Qur’an.
Ya Allah, jadikanlah al-Qur’an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Qur’an untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Qur’an. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Qur’an. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan al-Qur’an, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Qur’an. Ya Allah, Tuhan yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dan apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.
Jika anda inginkan salinan Doa Khatam Al-Quran dalam tulisan Jawi pula, bolehlah rujuk pada gambar ini ya:
Semoga dengan khatam Al-Quran dan mengadakan majlis yang bersempena dengannya akan menjemput barakah dan rahmat Tuhan untuk anda dan orang sekeliling, InsyaAllah.. Jom amalkan bacaan doa dan zikir untuk kuatkan ingatan kita!