Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa, Zikir, Bacaan Al-Quran Dan Amalan Untuk Kuat Ingatan

doa kuat ingatan

Kredit gambar: istockphoto

Dalam menuntut dan menghafal ilmu, kita sering menghadapi masalah apabila terlupa bacaan dan hafalan kita. Terutamanya buat pelajar dan penghafaz Al-Quran, terdapat beberapa amalan dan doa serta zikir yang boleh dilakukan dan dibaca setiap hari agar ingatan kita akan lebih kuat.

Doa, Zikir Dan Bacaan Al-Quran Untuk Kuat Ingatan

Pada kali ini, kami akan kongsikan koleksi doa, zikir dan surah Al-Quran yang boleh membantu untuk menajamkan dan menguatkan daya ingatan:

Doa untuk kuat ingatan 1

Highlighted

Kredit gambar: pokokkeladi.com/

Subhaana man laa yanaamu walaa yashuu. Allahumma zakkirnii maa nasiit

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai. Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.”

Doa untuk kuat ingatan 2

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا يَارَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْ سَلِيْنَ وَإِلْهَامَ ألْمَلاَ ىِٕكَةَ ألْمُقَرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Maha Penyayang.”

Kredit gambar: istockphoto

Doa untuk kuat ingatan 3

اَللّٰهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا وَاَثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahan, pilihlah kami jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

Zikir untuk kuat ingatan 1

Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 100x pada waktu pagi dan 100x pada waktu petang.

Zikir untuk kuat ingatan 2

Subhanallah 33x Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x pada setiap kali selepas solat fardhu

Zikir untuk kuat ingatan 3

Ya Rahman 100x pada setiap kali selepas solat fardhu

Zikir untuk kuat ingatan 4

Baca zikir ini di mata: Salamun’alaa Nuhin fil ‘aalamin sebanyak 1000x sehari

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 1

Baca Surah Yaasiin selepas solat fardhu subuh.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 2

Ayat ke 70 dalam Surah Al-Isra’ sesuai untuk diamalkan sebagai doa untuk menguatkan ingatan.

۞ وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 3

Baca surah Al-Rahman, Al-Waqiah dan Al-Mulk sebelum waktu tidur.

Kredit gambar: istockphoto

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 4

Baca 3 ayat terakhir Surah At-Taubah sebanyak 3x setiap kali selepas solat fardhu.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 5

Baca 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi setiap kali sebelum tidur.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 6

Baca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaaat.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 7

Baca 4 ayat pertama Surah Ar-Rahman.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 8

Baca Surah Al-A’la sebanyak 7x dengan bacaan bismillah pada setiap awalnya.

Bacaan Al-Quran untuk kuat ingatan 9

Baca 10 ayat dari Surah Al-Baqarah pada malam hari iaitu 4 ayat pertama, ayat Al-Kursi, 2 ayat selepas ayat Al-Kursi dan 3 ayat terakhir.

Amalan Untuk Kuat Ingatan

Kredit gambar: istockphoto

Selain dengan berdoa, berzikir dan membaca surah Al-Quran yang tertentu, terdapat juga banyak amalan yang kita boleh amalkan untuk menguatkan memori kita:

  1. Mengamalkan solat tahajjud pada setiap malam
  2. Makan buah delima sebiji sekali seminggu
  3. Baca surah Al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah pada air zam-zam. Kemudian minumnya sebanyak 3 teguk pada waktu pagi. Ulang kesemuanya pada waktu petang dan sebelum tidur.
  4. Sentiasa menjaga wudhu
  5. Makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
  6. Makan kurma safawi dan mariami Madinah yang tinggi kualitinya
  7. Minum segelas susu sebelum dan selepas tidur
  8. Bersiwak
  9. Berpuasa
  10. Baca Al-Quran
  11. Solat sunat istikarah sebelum tidur
  12. Jaga waktu tidur – tidur awal dan cukup
  13. Potong kuku, rambut dan bulu pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat sahaja
  14. Tidak menghisap rokok
  15. Tidak melihat tayangan lucah, kotor atau mendedahkan aurat
  16. Amalkan solat dhuha setiap hari
  17. Elakkan makanan berkolestrol dan berlemak tinggi

Jadikan Doa, Zikir, Bacaan Al-Quran dan Amalan Ini Sebahagian Dari Hidup Kita

Tidak semestinya perlu mengamalkan semua. Lakukanlah apa yang termampu dan yakin bahawa Allah akan menolong kita. Jom amalkan doa rabitah pula!