Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Amalkan Doa Kuat Semangat Ini Sebagai Amalan Harian Mommy

Kredit gambar: istockphoto

Dalam menjalani kehidupan seharian, penat dan lelah tidaklah terhenti tetapi disulami pula dengan ujian yang bersilih ganti. Begitulah kehidupan di dunia ini yang merupakan tempat untuk kita mengumpul bekal.

Menguruskan kewangan, kerja, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya, ini semua memerlukan emosi dan semangat yang kuat.

Amalkan Doa Kuat Semangat Ini Sebagai Amalan Harian Mommy

Hanya kepada Allah lah tempat sebaik-baiknya kita bergantung Mommy. Tiadalah daya dan upaya melainkan hanya daripadaNya.

Sesuai dengan ayat 173 daripada surah Al-Imran:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami”

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa meletakkanNya sebagai priority dalam hidup kita. Mengadu dan berdoalah keluh kesah kita kepada Allah Yang Maha Kuat:

Doa Kuat Semangat 1

Setiap kali datang rasa takut, gelisah dan lemah semangat, bacalah doa ini Mommy:

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu daripada rasa susah hati dan kesedihan, daripada lemah dan malas, daripada sifat bakhil dan sifat penakut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.” – Riwayat al-Bukhari

Doa Kuat Semangat 2

Apabila diuji dengan sesuatu perkara, kuatkanlah semangat Mommy dengan meyakini bahawa sesuatu yang hilang pasti akan digantikan dengan yang lebih baik. Berdoalah:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.” – Riwayat Muslim

Doa Kuat Semangat 3

Selain itu, lazimilah doa ini setiap kali menghadapi kesukaran dalam hidup:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.” – Hadith riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim

Doa Kuat Semangat 4

Di saat Mommy terasa buntu dan tidak bersemangat untuk meneruskan perancangan, pintalah kepada Allah S.W.T. untuk memudahkan urusan Mommy:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar

Doa Kuat Semangat 5

Amalkan juga bacaan ayat 25-28 daripada surah Taha ini:

Kredit gambar: merdeka.com

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.”

Doa Kuat Semangat 6

Apabila diuji dengan kekurangan harta dan rezeki, kuatkanlah semula semangat Mommy dengan yakin pada makna doa ini:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah diriku dengan rezeki yang halal daripadaMu daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Cukupkanlah aku dengan bergantung harap kepada kelebihanMu daripada aku bergantung kepada selain daripadaMu”. – Rriwayat at-Tirmizi

Doa Kuat Semangat 7

Hanya dengan perlindungan daripada Allah lah kita akan kuat menghadapi segala ujian dan kejahatan yang kita nampak ataupun tidak:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan pembalasanNya, daripada kejahatan hamba-hambaNya, daripada hembusan dan tiupan syaitan dan daripada kehadirannya. – Hadith riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Doa Kuat Semangat 8

Kita sering merasakan bahawa kita mampu mengawal kesemuanya. Kadang-kadang kita terlupa bahawa segala yang dikurniakan ini hanyalah datang daripada Allah.

Bukanlah ilham dari kita. Bukanlah dengan kudrat kita. Malah, hanya dengan izinNya semuanya berlaku.

Tenangkanlah hati Mommy dan kuatkan kembali semangat dengan menghayati doa ini:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Allah telah mentakdirkannya (menetapkannya). Segala perkara yang dikehendakiNya, pasti akan berlaku.” – Riwayat Muslim

Doa Kuat Semangat

Senarai doa ini bukanlah sekadar usaha kita untuk menguatkan kembali semangat tetapi insyaAllah, di sisi Tuhan ia mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.

Jom cuba jadikan amalan harian Mommy. InsyaAllah, moga-moga kita sentiasa kuat dan bersemangat dalam menunaikan perintah dan menjauhi laranganNya.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.