Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kucing Hilang? Usahakan Dengan Bacaan Doa Ini (Juga Untuk Haiwan Peliharaan Lain)

doa kucing hilang

Haiwan peliharaan adalah seperti insan yang tersayang dalam kehidupan kita. Mereka membantu kita mencipta memori indah dan kehadiran mereka, membawa seribu erti dalam kehidupan ini.

Bila haiwan tersayang seperti kucing tiba-tiba hilang, tentunya Mommy terasa seperti anak yang hilang kan? Boleh hilang pertimbangan rasanya.

Mulalah pelbagai andaian datang menjengah fikiran. Dilanggar kereta ke? Ada orang culik ke si bulus Mommy ni?

Doa Kucing Hilang (Juga Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan Lain)

Apabila terjadi macam ni, perkara utama yang Mommy kena buat di samping berusaha mencarinya adalah, berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

Tiada sesuatu pun yang berada di luar kawalan dan pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Dengan hati yang tulus dan penuh pengharapan, jom baca doa-doa ini:

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Doa memohon dikembalikan kucing/haiwan peliharaan yang hilang 1

Maksudnya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan ………….. yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya ………….. saya yang hilang kerana ………….. itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani. Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan ………….. (Sebutkan nama barang/sesuatu yang hilang tersebut) yang telah hilang secepat mungkin.”

Doa memohon dikembalikan kucing/haiwan peliharaan yang hilang 2

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan …………..ku yang hilang dengan kebaikan dan afiyah.”

Doa memohon dikembalikan kucing/haiwan peliharaan yang hilang 3

Kredit gambar: istockphoto

Maksudnya: “Wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk sesuatu yang hilang arah, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang hilang, kembalikanlah kepadaku …………..ku yang hilang dengan kemuliaanMu dan kekuasaanMu, sesungguhnya itu adalah dari pemberianMu dan kemurahanMu.”

Doa memohon dikembalikan kucing/haiwan peliharaan yang hilang 4

Maksudnya: “Ya Allah, ia adalah harta dan rezekiMu, dan aku adalah hambaMu, Engkau mempercayaiku ketika Engkau memberi aku rezeki. Ya Allah, beri aku ilham untuk bersyukur padaMu dengannya, dan beri aku kesabaran atasnya ketika Engkau mencabut dan mengambilnya.

Ya Allah, Engkau memberi dan Engkau mencabut. Ya Allah, jangan Engkau halangi aku untuk mendapatkan pahalanya dan jangan Engkau lupakan aku setelahnya di duniaku dan akhiratku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, aku milikMu, bersamaMu, menuju kepadaMu, dan berasal dariMu, aku tidak memiliki diriku sendiri untuk mendatangkan bahaya mahupun manfaat.”

Doa memohon dikembalikan kucing/haiwan peliharaan yang hilang 5

Di pengakhiran doa, tutupilah dengan selawat dan doa ini:

Maksudnya: “Ya Allah, berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini dan gantikan dengan yang lebih baik daripadanya.”

Doa-doa yang dikongsikan di atas ini adalah doa yang boleh diamalkan untuk mengembalikan sebarang sesuatu yang hilang seperti barang atau haiwan kesayangan.

Mommy berdoalah dengan penuh yakin bahawa Allah akan membantu Mommy dan tanamkanlah rasa redha di dalam hati serta lapangkan dada untuk sebarang kemungkinan.

InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa daripada hati yang berharap kepadaNya dan yakinlah, kehilangan sesuatu daripada orang mukmin itu pasti akan digantikan dengan yang lebih baik.

Sumber: Merdeka dan Islamic TV


Ikuti panduan doa dan ibadah yang lain di SINI.