Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Pilihan Doa Majlis Perkahwinan Paling Mustajab!

doa majlis perkahwinan

Kredit gambar: api.hmetro.com.my

Dalam majlis perkahwinan, doa memainkan peranan penting untuk kita memohon kepada Allah S.W.T. agar kedua mempelai dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kebahagiaan serta mengharapkan majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Sebenarnya, terdapat banyak petikan doa majlis perkahwinan dalam Islam yang dapat kita amalkan.

Antaranya seperti yang telah dikongsikan dalam artikel kali ini. Terdapat beberapa pilihan doa majlis perkahwinan dalam Islam yang khusus untuk pasangan pengantin dan majlis mereka yang boleh kita jadikan rujukan.

Untuk ketahui apakah doa majlis perkahwinan tersebut, ikuti perkongsian di bawah!

Senarai Doa Majlis Perkahwinan

Doa Majlis Perkahwinan Pilihan 1

Highlighted

Kredit gambar: krweddingandeventplanner.blogspot.com

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Alhamdulillah rabbil ‘alamin wassolaatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in

Maksudnya:

“Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat Mu. Bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (nama pengantin)

اَللهُمَّ يَا رَحِيمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْجُوْدِ وَالكَرَمِ

Allhumma ya rahim ya wadud ya dzaljudi wal karami

Maksudnya:

“Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada Mu ya Allah.”

اللهُمَّ يَا بَديعُ السَّمواتِ وَالأَرْضِ

Allahumma ya badii ‘assamawatti wal ardh

Maksudnya:

“Kami memohon rahmat Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.”

Kredit gambar: taqwa.my

Allahumma allif bainal ‘aruusaini kama allafta bainal ma’ wattiini wa baina aadama wa hauwa’. Wa baina ibrahima wahaajara wa saaraha. Wa baina yuusufa wa dzulaihah. Wa baina ayyuba wa rahmah. Wa baina musa wa sofuuroh. Wa baina sulaiman wa balqiis. Wa baina sayyidina muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam wa zaujaatihil muthohharaati ridwaanullahi ‘alaihinna ajma’ina birohmatika ya arhamar raahimiin.

Allahummaj’al jam’ana hazaa jam’an marhuuma wa tafarruqana min ba’dihi tafarruqon ma’suumaa wa laa taj’al fiina wa laa ma’ana syaqiyya wa laa mahruumaa ya akramal akraminn.

Maksudnya:

“Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.”

{رَبَّنَا وَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

Robbanaa aatina fiddunyaa hasanatan wa fil aakhiroti hasanatan waqinaa ‘azaaban nar.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالْحَمْدُالله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Wa sollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in walhamdulillahi robbil ‘alamin.


Doa Pilihan 2

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Maksudnya:

“Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)


Doa Perkahwinan Pilihan 3

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Allahumma inni as’aluka min khorihaa wa khoirimaa jabaltahaa ‘alaih, wa a’udhu bika min syarrihaa wa syarrimaa jabaltahaa ‘alaih

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَكُمُ

Maksudnya:

“Telah berpuasa di sisimu orang-orang yang berpuasa, dan telah memakan makananmu orang-orang yang baik, dan para Malaikat telah mendoakanmu.”


Doa Pilihan 4

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ ، وَارْحَمْهُمْ ، وَبَاِرِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ

Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa bariklahum fiima rozaqnaahum

Maksudnya:

“Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa

Maksudnya:

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

(Surah al-Kahfi, ayat 10)

حَدَّثَنَا فَرْوَةُ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ تَزَوَّجَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَتَتْنِي أُمِّي فَأَدْخَلَتْنِي الدَّارَ، فَإِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ فِي الْبَيْتِ فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ، وَعَلَى خَيْرِ طَائِرٍ‏.‏

Maksudnya:

“Ketika Nabi SAW menikahkan denganku, ibuku datang kepada aku dan membuatku memasuki rumah di mana aku melihat beberapa wanita daripada kaum Ansar yang berkata, “Semoga kamu makmur dan berkat serta mendapat pertanda baik.” 

(Sahih Bukhari No. 5156)


Pilihan Doa Perkahwinan yang Terakhir

اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ

Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. Wa farriq bainana idza faraqta fi khair

Maksudnya:

“Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”

Diharapkan dengan perkongsian doa di atas, anda mendapat keberkatan dan ilmu yang bermanfaat. Selamat Beramal!


Selain perkongsian doa majlis perkahwinan ini, anda boleh dapatkan pelbagai lagi panduan ibadah yang lain di SINI!