Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Majlis Perpisahan Yang Paling Lengkap Dan Tepat

doa majlis perpisahan

Setiap kali mengadakan majlis perpisahan, ia pasti akan diselitkan dengan doa majlis perpisahan sebagai sebuah penghargaan di samping memohon kepada Allah agar segala urusan orang yang dirai selepas ini dipermudahkan oleh-Nya.

Doa merupakan satu ucapan permohonan iaitu dengan membuat permohonan dari hamba (manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah (pertolongan) serta dijauhkan dari segala bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Terdapat beberapa petikan doa untuk majlis perpisahan yang boleh anda hafal dan ucapkan di majlis-majlis perpisahan. Antara petikan doa tersebut adalah seperti yang kami kongsikan di bawah ini.

Jom baca, hayati dan amalkan!

Pilihan Doa Majlis Perpisahan

Berikut merupakan beberapa petikan doa ketika majlis perpisahan yang boleh anda ucapkan iaitu:

#1. Pilihan Pertama Doa Sempena Tamat Perkhidmatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami berhimpun bersempena Majlis Perpisahan, Pergimu Disanjung Jasamu Dikenang kepada (nama orang yang dirai) pada kali ini.

Ya Allah, kurniakanlah kepada (nama orang yang dirai) yang kami raikan ini, agar dilimpahkan rahmatmu, diberikan kesihatan dan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan. Jadikanlah segala amal bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan selama ini sebagai satu ibadat yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadamu.

يا الله يا قدير يا عظيم يا حليم يا جبار انك على كل شيىء قدير

Bagi kami yang masih yang masih berkhidmat ini, kurniakanlah kami taufiq dan hidayat, kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dan eratkan tali persaudaraan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, kekalkanlah sifat mahu bekerjasama dan bantu membantu antara kami, peliharalah akhlak kami, halalkan rezeki kami dan terimalah khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadat yang mendapat kemajuan dan kejayaan dari masa ke semasa.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

#2. Pilihan Kedua Doa Sempena Tibanya Hari Perpisahan Untuk Pegawai Dan Kakitangan

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاء وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
اللَّهُمَّ يَا رَحْمنُ يَا رَحِيمُ

Sempena majlis perpisahan persaraan dan pertukaran pegawai dan kakitangan yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan, sihat walafiat yang berkekalan.

اللَّهُمَّ يَا قَهَّارُ

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

اللَّهُمَّ يَا مُجِيْبُ

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

اللهم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلَا تَجْعَلْ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا شَقِيًّا وَلَا مَطْرُودًا وَلَا مَحْرُومًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ . وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Dua petikan doa di atas ini adalah contoh bacaan doa untuk majlis perpisahan yang boleh anda panjatkan ke atas orang yang dirai. Memberi hadiah berupa doa kepada manusia lain adalah digalakkan apatah lagi jika anda berdoa tanpa pengetahuannya.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawasanya:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكِّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya:

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”

(Hadis Riwayat Muslim 4914)

Oleh itu, dalam apa keadaan atau waktu sekalipun sentiasalah berdoa sama ada untuk diri atau untuk orang lain. Semoga kebaikan itu sama-sama diperoleh.

Selamat beramal!


Terdapat pelbagai lagi pilihan doa dan tips serta panduan ibadat yang lain boleh anda dapatkan di SINI!