Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Himpunan Doa-Doa Ringkas Untuk Majlis Rasmi Yang Boleh Diamalkan

Adakah Mommy tahu bahawa memulakan sesuatu perkara dengan berdoa adalah sangat disarankan dalam islam. Terutama untuk majlis-majlis ilmu, dan majlis yang lain agar mendapat keberkatan sepanjang majlis tersebut.

Kebiasaanya di setiap majlis, acara doa akan diberikan kepada lelaki. Mesti pernah rakan atau kenalan Mommy diminta untuk menjadi pembaca doa?

Sudah pasti tercari-cari bacaan doa yang mudah dan ringkas untuk sesuatu majlis rasmi.

Mari lihat beberapa koleksi doa umum yang sesuai digunakan untuk majlis-majlis rasmi.

Doa-Doa Majlis Rasmi 

#1. Doa Pembuka Majlis 

 .بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمَّدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِي مَزيَّدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ الكَرِيمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةٌ تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ والآفات وتَقْضِي لَنَا بِهَا جَميعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى عَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya:

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami inginkan. 

#2. Doa Pembuka Majlis Umum 

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Hanya pada Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat Mu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.

Kami memohon kepada Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadrat Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

#3. Doa Pembuka Majlis Perhimpunan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu
Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in

Ya Karim, Ya Wadud

Sesungguhnya, kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis …… pada hari hari ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba Mu yang Engkau redhai.

Justeri berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah Mu.

Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.

Semoga denganya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Adab-adab berdoa 

Highlighted


1. Berpakaian sopan

2. Angkat tangan ke paras dada

3. Rapatkan kedua-dua belah tangan

4. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang sopan

5. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati dan ikhlas

6. Menggunakan bahasa yang mudah dan dapat difahami kerana Allah SWT

Semoga perkongsian ini membantu bagi sesiapa yang sedang mencari doa untuk majlis rasmi.


Selain doa untuk majlis, dapatkan lebih banyak pilihan doa dan panduan ibadah di SINI.