Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Sebelum Dan Selepas Makan Yang Diamalkan Umat Islam

doa makan

Sumber: Adobe Stock

Dalam kehidupan harian seseorang individu yang beragama Islam, sudah menjadi kebiasaan untuk membaca bermacam-macam doa untuk mendapat berkat Allah s.w.t.

Ilmu bacaan doa-doa selalunya ini diturunkan dari ibu bapa, dipelajari di sekolah, ataupun dari mana-mana guru agama. Ada juga yang kurang bernasib baik dan tidak didedahkan kepada ilmu sebegini, tetapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika anda sedang mencari-cari bacaan doa makan, sama ada doa sebelum atau selepas makan, di sini Motherhood berkongsi doa-doa ini dalam bacaan Rumi berserta maksudnya.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Doa makan ini sering dibacakan oleh kebanyakan umat Islam. Sama ada ia untuk anda sendiri atau anak-anak, doa makan ini amat ringkas dan mudah untuk dihafal.

Doa-Doa Yang Boleh Diamalkan Sebelum Dan Selepas Makan

1. Doa Sebelum Makan

Bacaan dalam RUMI:

Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa waqinaa ‘azaabannaar

Maksud:

“Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”

2. Doa Selepas Makan

Bacaan dalam RUMI:

Alhamdulilahillazii at’amanaa wasaqoonaa waja’alanaa muslimiin

Maksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam”

Kredit gambar: Getty Images

3. Doa Selepas Minum

Bacaan dalam RUMI:

Alhamdulillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa 

Maksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air (minuman) ini segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air (minuman) ini masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”


Selain itu, ada pula beberapa hadis tentang doa makan yang serupa seperti doa di atas yang bertaraf sahih atau hasan.

Hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a. diatas yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Siapa yang direzekikan oleh Allah akan suatu hidangan maka ucaplah:

Maksud:

“Ya Allah berkatilah kami pada makanan ini dan berilah kami makan yang lebih baik darinya.”

Hadis Tirmidzi

Kredit gambar: Getty Images

Membaca doa adalah disuruh oleh syarak dan ia adalah amalan yang sangat baik. Doa sebelum makan, selepas makan, dan selepas minum ini amat senang untuk diamalkan bagi mendapat berkat dari Allah s.w.t.

Semoga bermanfaat.