Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Amalan Doa Melembutkan Hati Seseorang Dengan Izin Allah S.W.T.

doa lembutkan hati

Kredit gambar: istockphoto

Apabila berlakunya pertengkaran atau salah faham, pihak yang lain mungkin akan terasa hati dan berperilaku kasar terhadap kita.

Mungkin kerana lisan atau perbuatan kita yang mengguris hatinya, hubungan baik kini telah dingin. Akan ada saat waktu yang kita terasa sesal dan berharap kita tidak bertindak atau mengucapkan yang sedemikian.

Amalan Doa Melembutkan Hati Seseorang Dengan Izin Allah S.W.T.

Selain daripada berusaha dengan bermacam cara untuk memohon maaf dan memujuk mereka, hendaklah kita menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah S.W.T. terlebih dahulu.

Percayalah, hati manusia itu hanya dalam genggaman Allah dan bukannya mana-mana makhluk. Jika Dia menghendaki, pasti akan diubah di atas kuasaNya yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, amalkanlah doa-doa melembutkan hati seseorang ini seiring dengan usaha yang baik:

Doa melembutkan hati seseorang (1)

Highlighted

Kredit gambar: unnianje.blogspot.com

Nama Allah itu sempurna dengan sifat-sifatNya yang tiada cela. Antara nama bagiNya adalah Al-Latif yang membawa pengertian, Yang Maha Lemah Lembut.

Bagaimanakah perasaan kita apabila dilayan dengan penuh lemah lembut oleh orang sekeliling kita? Tentunya jauh disukai hati ini berbanding dengan mereka yang kasar lisan dan perbuatannya kan?

Tetapi Allah itu, Dia lah Yang Maha Segala-galanya. Apabila hendak berdoa dengan namaNya ini, lafazkanlah “Ya Latif”.

Amalkan zikir ini dengan niat di hati memohon Allah melembutkan hati seseorang itu. Bukan sahaja untuk tujuan ini, zikir ini turut juga diamalkan atas pelbagai tujuan lain seperti untuk menyejukkan hati dan jiwa dan sering diamalkan oleh ibu dan bapa untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata mereka.

Zikirlah dengan nama Allah ini dan mengharap bantuanNya sahaja.

Doa melembutkan hati seseorang (2)

Kredit gambar: almukhlisin.my

Selain daripada itu, boleh juga baca dan amalkan Surah Al-Fatihah untuk melembutkan hati seseorang. Khasiat surah ini sebagai ummul kitab tiadalah tandingnya.

Bacalah ia selalu dengan membayangkan seseorang itu dan mohonlah kepada Allah untuk dilembutkan hatinya ke arah kebaikan.

InsyaAllah.. dengan berkat bacaan surah ini, semoga Allah menunjukkan jalan yang benar buat kita dan dirinya.

Doa melembutkan hati seseorang (3)

Berdasarkan perkongsian oleh keluarga, ada juga doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Umar supaya beliau memeluk agama Islam. Ia dibaca sebanyak 19 kali dengan kemudiannya menyebut nama seseorang itu.

Kita sedia tahu bahawa berdasarkan sejarah, Saidina Umar merupakan seorang yang tegas dan garang. Ramai yang menggeruninya dan beliau pada mulanya memang menentang ajaran agama Islam.

Berikut adalah doa yang dibacakan oleh Rasulullah itu:

Allahu lateefun biibadihi yarzuqumayyasha’ wahuwalqawiyyul a’zeez

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya, Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Doa melembutkan hati seseorang (4)

Kredit gambar: Twitter @coachmegat

Di samping itu, amalkanlah selawat kepada Rasulullah dan niat serta sedekahkanlah amalan itu kepada orang tersebut. Sesungguhnya, Rasulullah itu adalah kekasih Allah dan selawat kita kepada baginda pasti akan dilihat olehNya dengan penuh kasih sayang.

Niatkanlah kepada seseorang itu, semoga bacaan selawat ini dapat melembutkan hatinya dan meredakan apa yang menggelisahkan.

InsyaAllah, jika niat kita baik dan elok, pasti pertolongan Allah akan tiba.

Doa Melembutkan Hati Seseorang

Apa sahaja yang kita lakukan dan berdoa di atas hajat kita itu, pastikanlah ia merupakan sesuatu yang baik dan tidak mengundang murka Allah kepada kita.

Janganlah kita berbuat jahat dan tidak menyesalinya tetapi tetap mahukan mereka yang dizalimi itu berlembut terhadap kita. Yakinlah bahawa setiap satunya dilihat dan pasti akan diberi ganjaran mahupun hukuman daripada Allah. Okya, jom amalkan doa harian pula!