Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Ketika Melihat Cermin Untuk Menambahkan Seri Pada Diri

Seperti kita tahu, perempuan dengan cermin tidak dapat dipisahkan. Ini kerana perempuan sangat suka akan kecantikan terutama pada wajah. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk kongsikan doa ketika melihat cermin kepada semua agar Mommy dapat amalkan. 

Bercermin merupakan salah satu cara untuk kita melihat wajah kita sendiri. Bukan sekadar melihat cermin malah kita disunatkan untuk berdoa ketika melihat cermin.

Doa ketika melihat cermin ini merupakan antara sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Amat digalakkan untuk membaca doa ini. Semoga Allah SWT mengekalkan rupa paras yang cantik dan kebaikan hati kita hingga ke hembusan nafas kita yang terakhir.

Mommy pasti suka melihat cerminkan? Jangan lupa baca doa sebelum melihat cermin ye.

Lafaz Doa Ketika Melihat Cermin

ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ

Allahuma kama hassanta khalqi fahassin khuluqi 

Maksudnya: “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka cantikkanlah juga akhlakku.”

Adab Ketika Melihat Cermin 

Highlighted


Terdapat beberapa adab dalam bercermin menurut syariat islam yang ditulis dalam buku Cantik itu Sederhana karya Ninik Handrini:

  • Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT. 
  • Tidak mencela kekurangan fisik sendiri
  • Tidak terlalu mengagumi kecantikan diri sendiri
  • Bersabar dengan segala kekurangan diri
  • Tidak berlebih-lebihan dalam bercermin 

Kebaikan Mengamalkan Doa Ketika Melihat Cermin

 1. Mendatangkan rasa syukur kepada Allah SWT.

  • Membaca doa ketika bercermin dapat menjadikan kita insan yang sentiasa mensyukuri segala sesuatu serta lebih menyedari kelebihan yang ada dalam diri kita.

2. Mendapat pahala kerana mengamalkan salah satu sunnah Rasul

  • Jika kita menjalankan dan mengamalkan segala sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad seperti berdoa di hadapan cermin maka akan mendapat pahala kerana melakukan hal yang baik. 

3. Dijauhkan dari malapetaka 

  • Membaca doa bercermin juga dapat membuat kita dijauhkan dari malapetaka. Hal ini kerana doa bercermin bermanfaat untuk memberikan kita keselamatan dari perbuatan tidak terpuji.

Sumber: Insertlive.com

Secara tidak langsung Mommy dengan melihat cermin juga dapat memberikan kebaikan kepada diri apabila memulakan ia dengan doa ketika melihat cermin.


Dapatkan panduan doa-doa dan ilmu keagamaan yang lain di SINI.