Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Doa Minum Air Zam Zam dan Adab Meminumnya Yang Tepat

doa minum air zam zam

Kredit gambar: islamtheultimatepeace.com

Air zam-zam merupakan air suci umat Islam yang terdapat pelbagai khasiat di dalamnya. Sebelum minum airnya, umat islam digalakkan untuk membaca doa minum air zam zam yang dianjurkan.

Air zam zam merupakan mata air telaga yang terletak di kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah dengan kedalamannya ialah 42 meter.

Zam zam bermaksud banyak atau melimpah ruah dan ia tidak pernah kering sehingga ke hari ini. Sesiapa yang minum air zam zam dengan niat dan hajat, Allah akan mengabulkannya.

Al-Hakim at-Tirmidzi r.a. berkata:

“Orang yang meminum air zamzam, jika dia minum untuk menghilangkan laparnya, Allah akan membuatnya kenyang, jika dia minum untuk menghilangkan rasa, Allah menghilangkan dahaganya, jika dia minum untuk menyembuhkan, Allah menyembuhkannya, jika dia minum untuk menghilangkan keburukan dirinya, Allah perbaiki perangainya, jika dia minum kerana merasa gelisah, Allah menenangkannya dan memberinya kelegaan, jika dia minum untuk memperkayakan fikirannya, Allah menjadikan dia kaya, jika dia minum untuk keperluan, Allah memberinya rezeki, jika dia ditimpa ketakutan, Allah memberinya ketenangan, jika dia minum kerana kesusahan, Allah menghilangkannya, jika dia minum untuk kemenangan, Allah akan memberinya, dan setiap kali dia meminumnya dengan niat yang baik dan kebaikan, Allah akan menjaminnya kepadanya, sebagaimana dia meminta melalui pemberian dari syurga yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Tinggi untuk mendapatkan pertolongan.”

(Nawadir al-usul fi aḥadīth ar-rasul 274/3)

Ibnu Majah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. berpesan kepada seluruh umat Islam agar membaca Bismillah (Dengan nama Allah) sebelum minum serta berdoa dan Nabi Muhammad S.A.W. juga telah berpesan kepada umatnya untuk meminum air zam zam, terutama ketika kita pergi menunaikan haji atau umrah.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:

“Air Zamzam adalah baik untuk apa sahaja yang diniatkan (semasa meminumnya). Jika kamu meminumnya kerana mencari kesihatan, Allah SWT akan memberi kesembuhan. Jika kamu meminumnya untuk memuaskan rasa laparmu, Allah SWT akan memuaskan rasa laparmu. Jika anda meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah SWT akan menghilangkan dahaga anda. Zamzam adalah perigi yang digali oleh Malaikat Jibril (AS) yang dengannya Allah SWT menghilangkan dahaga Ismail.”

(Sunan Ibn Majah, Kitaab Al-Manaasik/Musannaf Ibn Abi-Shaibah)

Oleh itu, berdasarkan hadis-hadis ini, kita boleh membaca apa sahaja niat atau doa ketika meminum air Zam-Zam dan akan ditunaikan oleh Allah S.W.T. dengan niat ikhlas untuk memenuhi segala hajat.

Kita juga tidak diwajibkan membaca doa tertentu hanya cukup sekadar niatnya sahaja.

Tetapi jika anda hendak membaca doa khusus ketika meminum air zam zam ia tidak menyalahi apa pun malah hal ini telah dilakukan oleh kebanyakan orang terdahulu yang soleh dan sebahagian ulama juga telah mengisytiharkannya sebagai dianjurkan.

Di bawah ini terdapat beberapa petikan doa minum air zam zam yang boleh anda amalkan!

Senarai Doa Air Zam Zam

Highlighted

Kredit gambar: www.siasat.com

#1. Doa Minum Air Zam Zam

Abdullah ibn Abbas r.a. melihat seorang lelaki sedang minum air zamzam. Maka dia berkata:

“Tahukah kamu minum air zamzam?” Beliau berkata: “Bagaimana cara saya minum air zam zam wahai Ibn Abbas?” Baginda bersabda: “Jika kamu ingin meminum zamzam, maka tariklah sebaldi daripadanya, kemudian menghadap kiblat dan ucapkan: Bismillah. Tarik nafas tiga kali semasa minum dan minum sehingga kenyang. Kemudian katakan:

Allaahumma inni as’aluka ‘ilman naifi’aaa, wa rizqaw wasi’aaa, wa shifa’am min kulli da’i

Maksudnya:

“Ya Allah! Aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah dan kesembuhan dari setiap penyakit.”

(Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak 1739, dalam Sunan Daraqutni 2738, & dalam Musannaf ‘Abdur-Razzaq 9112 dengan sanad yang baik)

#2. Doa Minum Air Zam Zam Oleh Umar bin Khattab r.a.

Diriwayatkan  oleh Ibn Al-Muqri r.a. bahawa Umar ibn al-Khattab r.a. dia berkata ketika dia meminum air zam zam:

اللهم إني أَشْرَبُهُ لِظَمَأٍ يَوْمَ القِيَامَةِ

Allahumma inni ashrabuhu li dhamalin yawmal qiyama

Maksudnya:

“Ya Allah aku meminumnya kerana dahaga hari kiamat.”

(Nashr-Al-Aaas, Ibn Al-Muqri/ Tareekh Dimashq, Ibn Asaakir)

#3. Pilihan Doa Oleh Ibnu Abbas r.a.

Kredit gambar: islamhashtag.com

“Ya Allah! Aku mencari ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah, dan penawar dari segala penyakit.”

(Mustadrak, Al-Hakim, Daarul Qutni)

Oleh itu, sangat jelas berdasarkan hadis-hadis di atas, jika anda ingin berdoa sambil minum air zam zam, mulakanlah dengan membaca “Bismillah”, diikuti dengan niat apa sahaja yang anda inginkan, dan amalkan adab minum air zam zam iaitu dalam tiga teguk sambil berdiri dan menghadap kiblat. Setelah selesai ucaplah Alḥamdulillah.

Semoga dengan penjelasan di atas, kita semua dapat beramal dengannya.


Dapatkan juga pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah yang lain di SINI!