Pengalaman melahirkan anak, terutamanya cahaya mata yang pertama, merupakan saat-saat yang paling indah bagi pasangan ibu bapa.
Setelah pelbagai persediaan bersalin dilakukan, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Bagaimana pula dengan persiapan doa mudah untuk suami amalkan ketika hari bersalin si isteri menjelang?
Sementara ibu bertarung nyawa dan bertungkus lumus melahirkan anak di bilik bersalin, bakal bapa yang menunggu kelahiran bayi boleh amalkan beberapa doa untuk dipermudahkan isteri bersalin dan supaya isteri tabah mengharungi derita bersalin.
Tambahan pula, doa-doa ini mungkin dapat membantu mengurangkan kegelisahan bakal bapa juga!
Doa-Doa Mujarab Buat Amalan Suami Untuk Isteri Bersalin
-
Doa Menenangkan Hati (Surah Maryam, ayat 28)
Highlighted
Maksudnya: Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. -
Doa Mendapat Anak Penyejuk Hati (Surah al-Furqan, ayat 74)
Maksudnya: Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. -
Doa Harian Sebelum Bersalin
Maksudnya: Ya Allah, jagalah anakku selama ia berada dalam perut isteriku, sihatkan ia, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyihatkan, tak ada kesihatan kecuali kesihatan dari-Mu, kesihatan yang tak terganggu penyakit. Ya Allah, bentukkan ia yang ada di perut isteriku dalam rupa yang baik, tetapkan dalam hatinya keimanan pada-Mu dan pada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku pada saat kelahirannya secara mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah ia utuh, sempurna, berakal, cerdas, banyak beramal. Ya Allah, panjangkan umurnya, sihatkan jasadnya, baguskan rupanya, dan fasihkan lisannya untuk membaca hadis dan Al-Qur’an Yang Agung, dengan berkah Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. -
Doa Mohon Bayi Cepat Lahir
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ
Maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau semua kebaikan, yang cepat dan yang lambat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan, yang cepat dan yang lambat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui.
-
Doa Mohon Anak Yang Dilahirkan Cantik Paras Rupa (Surah Yusuf, ayat 4)
Maksudnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”. -
Doa Jika Hati Gelisah Menjelang Bersalin
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau jiwa yang tenang, yang memeprcayai adanya perjumpaan dengan Engkau, rela terhadap ketentuan Engkau, dan merasa puas dengan pemberian Engkau.
-
Doa Permudahkan Urusan
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
Maksudnya: Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.
-
Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Paus (Surah al-Anbiya’, ayat 87)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Selain amalan membaca doa, bakal bapa amat digalakkan untuk membaca al-Quran sekerap mungkin sepanjang tempoh kehamilan isteri.
Bagi si isteri pula, boleh amalkan doa-doa bersalin yang boleh di dapati dalam artikel ini.
InshaAllah bacaan al-Quran dan berkat bacaan doa mudah bersalin untuk suami buat si isteri sementara menunggu kelahiran bayi dapat mempermudahkan si isteri dan moga-moga memperoleh anak yang taat, soleh, dan berakhlak mulia.