Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pilihan Doa-doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan Selalu Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Luas

Setiap orang sudah tentu inginkan rezeki yang melimpah-ruah, betul tak? Ada yang rezeki datang dengan senang, ada juga yang memerlukan lebih sedikit ‘effort‘ atau usaha untuk mendapatkan rezeki. Apa yang penting ialah memperbanyakkan doa mudah rezeki.

Sama ada anda inginkan rezeki dalam bentuk kewangan, kesihatan, jodoh, atau sebagainya, terdapat banyak pilihan doa-doa mudah rezeki yang boleh diamalkan.

10 Pilihan Doa Mudah Rezeki/Doa Murah Rezeki Yang Elok Diamalkan

1. Doa Murah Rezeki

Highlighted


Bacaan dalam RUMI:

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu

Maksud:

“Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Ayat Seribu Dinar (Surah At-Talaq: Ayat 2-3)

Maksud:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikan kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka dicukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Sumber: Getty Images

3. Doa Mudah Rezeki (Surah Al-Maidah: Ayat 114)

Maksud:

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”

4. Surah Ibrahim: Ayat 40-41

Maksud:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

5. Surah Al-Ikhlas

Maksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”

6. Doa Nabi Sulaiman

Maksud:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi”

7. Surah As-Syura (Ayat 19)

Maksud:

“Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

8. Doa Pembuka 12 Pintu

Maksud:

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Sumber: Getty Images

9. Surah Hud (Ayat 6)

Maksud:

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak di Bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata”

10. Doa Nabi Musa (Surah Al-Qasas: Ayat 24)

Bacaan dalam RUMI:

Robbi inni limaa anzalta ilayya min khoirim faqiir

Maksud:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”

Amalan-amalan Untuk Mempermudahkan Rezeki

Selain membaca doa-doa mudah rezeki seperti yang disenaraikan tadi, anda juga boleh mengamalkan beberapa perkara untuk membuka pintu rezeki.

1. Perbanyakkan istighfar dan berzikir

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:

Aku katakan kepada kaumku, “Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”

2. Amalkan selawat murah rezeki

Maksud:

Ya Allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

3. Perbanyakkan sedekah

Sering di katakan salah satu kunci rezeki luas ialah bersedekah. Bersedekah merupakan satu amalan yang sangat mulia, dan ia mestilah dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

 

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah maha luas (karunia-Nya) lagi maha mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

Allah s.w.t. telah menjanjikan dalam Al-Quran, sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan gantikan dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala, manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Sumber: Getty Images

Demikianlah beberapa cara untuk meluaskan rezeki anda termasuklah himpunan doa mudah rezeki. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mempertingkatkan amalan dan doa untuk dimurahkan rezeki yang Halal dan diberkati Allah s.w.t.