Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Pilihan Terbaik Doa Nabi Ibrahim Untuk Diamalkan Setiap Hari

doa nabi ibrahim

Kredit gambar: bukitbesi.blogspot.com

Doa adalah senjata orang mukmin. Kita berkomunikasi, berbicara dan memohon pertolongan dari Allah melalui doa. Terdapat banyak doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita termasuklah doa-doa Nabi Ibrahim yang dikirimkan baginda kepada Allah S.W.T.

Kesemua doa Nabi Ibrahim ini ada di dalam al-quran. Antara doa-doa tersebut adalah seperti di bawah.

Senarai Doa Nabi Ibrahim Yang Mommy Boleh Amalkan

Highlighted

Kredit gambar: www.dream.co.id

#1. Doa Mohon Dikurniakan Keselamatan dan Rezeki

بِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ رَ

Rabbij’al hadza baladan aminan warzuq ahlahu minatsamarati man amana minhum billahi wal yauwmil akhiri

Maksudnya:

“Ya Tuhanku jadikanlah negeri Mekkah ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.”

(Surah al- Baqarah: ayat 126)

#2. Doa Nabi Ibrahim Agar Dikurniakan Zuriat dan Keluarga yang Taat

Kredit gambar: www.beritaharian.sg

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Rabbij’alnii muqiimasholaati wamin dzurriyyatii rabba wataqabbal du’aai (40) Rabbanaghfirlii waliwaa lidayyaa walilmukminiina yauma yaqumul hisab (41)

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunankanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”.

(Surah Ibrahim: ayat 40-41)

#3. Doa Agar Dikurniakan Ilmu Pengetahuan

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾ وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Rabbi hablii hukman waalhiqnii bisshalihin (83) Waj’allii lisana shidqin filaakhirin (84) waj’alnii min warasati jannatinna’im (85) waghfir li abii innahu kaana minadhollin (86) walaa tukhzinii yauma yub’asun (87)

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.”

(Surah Asy-Syua’ra’: ayat 83-87)

#4. Doa Agar Diterima Segala Amalan oleh Allah

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Rabbana taqabbal minna innaka ‘antas sami’ul ‘alim

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami terimalah amal dari kami sungguh Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Baqarah: 127)

#5. Doa Nabi Ibrahim a.s. Agar Allah Hilangkan Rasa Gundah Gulana

اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ اِيْمَانًاۖ وَّقَالُوْا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمالْوَكِيْلَُ

allaziina qaala lahumun-naasu innan-naasa qad jama’ụ lakum fakhsyauhum fa zaadahum īmaanaw wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal-wakiil

Maksudnya:

“Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, ‘Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,’ ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, ‘Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

(Surah Ali Imran: ayat 173)

Kebaikan Mengamalkan Doa Nabi Ibrahim

Kredit gambar: jatim.suara.com

Antara kebaikan mengamalkan doa Nabi Ibrahim a.s. ialah seperti berikut:

  • Memperoleh zuriat dan keturunan yang baik dan berkualiti. InsyaAllah dengan izin Allah, jika kita mengamalkan dengan konsisten doa memohon dikurniakan zuriat dan keluarga yang taat seperti di atas.
  • Allah akan makbulkan doa kita tersebut suatu hari nanti.
  • Dikurniakan keselamatan dan rezeki yang melimpah ruah.
  • Dikurniakan ilmu pengetahuan yang akan memanfaatkan orang disekeliling kita. Sekaligus akan membantu kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, malah kita akan dapat mentadbir bumi Allah dengan ilmu yang dikurniakan oleh Allah.
  • Akan menjadikan kita hamba yang tawadhuk.
  • Allah akan melancarkan segala urusan kita. Selain itu, kita akan dapat menghadapi segala ujian dan dugaan dengan tenang dan mudah. InsyaAllah.

Kesimpulannya, tidak kiralah apa jua doa yang kita panjatkan kepada Allah, pasti akan dimakbulkan Allah jika doa itu disertai dengan rasa pengharapan yang tinggi kepada Allah, rasa rendah diri dan konsisten.

Selamat membaca dan selamat beramal!


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan ibadah yang lain di SINI!