Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Himpunan Doa Nabi Sulaiman Halau Jin

doa nabi sulaiman usir jin

Kredit gambar: istockphoto

Allah S.W.T. telah memberikan kelebihan yang tersendiri kepada para nabiNya. Untuk Nabi Sulaiman A.S., telah dikurniakan olehNya kerajaan yang hebat, kemampuan untuk berbicara dengan haiwan dan jin dan banyak lagi.

Himpunan Doa Nabi Sulaiman Halau Jin

Makhluk-makhluk patuh kepada Nabi Sulaiman dan beberapa doa daripada Al-Quran yang berkisarkan tentangnya telah menjadi amalan orang tua-tua sebelum kita. Antara doa Nabi Sulaiman yang bagus untuk diamalkan untuk menghalau jin adalah:

Doa Nabi Sulaiman Halau Jin (1)

Dalam perkongsian oleh AH Zikr, Surah Al-Baqarah, ayat 102 adalah doa yang elok untuk dibaca sebagai ikhtiar mengusir jin dan syaitan; dalam tubuh dan tempat kedua-duanya.

Highlighted

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Bacalah ayat ini dengan yakin. Bukan sahaja untuk menghalau jin dan syaitan, ia turut boleh diamalkan oleh mereka yang diuji dengan sihir.

Doa Nabi Sulaiman Halau Jin (2)

Dalam Surah Al-Naml pula, ayat 30 dan 31 sering juga diamalkan untuk menundukkan haiwan buas. Orang tua-tua yang dahulunya selalu ke hutan atau menorah getah mungkin mengetahui amalan dan khasiat ayat ini.

Selain daripada untuk tundukkan haiwan buas, ia sebenarnya elok juga diamalkan untuk menghalau jin dan makhluk halus.

Kredit gambar: surah.my

Maksudnya: “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): ‘Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Kredit gambar: surah.my

“ ‘Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). ‘ “

Doa Nabi Sulaiman Halau Jin (3)

Melalui perkongsian oleh Aku Muslim, doa berikut juga boleh menjadi amalan bacaan untuk menghalau jin:

Kredit gambar: akumuslim

Maksudnya: “Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan nabi Sulaiman, dan nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya. Selamat sejahterakanlah kami wahai Tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan beserta keselamatan yang banyak. Maha Suci Allah Ta’ala yang Maha Mulia, kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas nabi Sulaiman, juga ke atas para nabi dengan rahmatMu Ya Allah Yang Amat Mengasihani daripada segala-galanya.”

Doa Nabi Sulaiman Halau Jin

Doa-doa halau jin ini bukannya hanya elok untuk diamalkan oleh mereka yang diuji sahaja tetapi sebagai pendinding diri juga, ia amatlah bagus.

Jadikanlah ia amalan seharian dan mintalah pertolongan dan perlindungan hanya daripada Allah S.W.T..


Dapatkan panduan doa-doa dan ilmu keagamaan yang lain di SINI.