Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Himpunan Doa Nabi Sulaiman Untuk Amalan Harian Demi Memperolehi Kekayaan

Terdapat beberapa doa Nabi Sulaiman a.s. yang sering diamalkan oleh ramai orang untuk tujuan tertentu. Seperti yang kita tahu, Nabi Sulaiman merupakan salah seorang Rasul utusan Allah s.w.t. untuk menyebarkan agama Islam.

Nabi Sulaiman a.s. mempunyai mukjizat yang amat luar biasa, iaitu berkebolehan untuk berbicara dengan haiwan dan memerintah bangsa jin.

Baginda pernah memerintah jin sebagai tentera untuk membina istananya. Daripada sini, Nabi Sulaiman a.s. terkenal dengan istananya yang megah berserta kekayaannya yang melimpah.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Namun Nabi Sulaiman a.s. sentiasa menampilkan sifat bersyukurnya kepada Allah s.w.t. dan terdapat banyak amalan dan kisah baginda seperti dalam Al-Quran yang boleh dicontohi.

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan berdoa kepada Allah s.w.t. Disebabkan teladan Nabi Sulaiman a.s., salah satu doa yang boleh diamalkan ia himpunan doa Nabi Sulaiman untuk mendapat barakah kekayaan dari segi harta benda.

Himpunan Doa-doa Nabi Sulaiman Yang Boleh Diamalkan

1. Doa Nabi Sulaiman Untuk Rezeki Yang Lancar (Surah As-Saad: Ayat 35)

Bacaan dalam RUMI:

Robbighfirlii wahablii mulkal laa yambaghi li aha adim mim ba’di, innaka antal-wahhab

Maksud:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya”

2. Doa Mensyukuri Nikmat (Surah An-Naml: Ayat 15)

Bacaan dalam RUMI:

Walaqod aatainaa dawooda wa sulaimaana ‘ilma. Waqoolalhamdu lillaahillazii faddholanaa ‘alaa kathiirim min ‘ibaadihil mukminiin

Maksud:

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”

3. Doa Nabi Sulaiman Agar Selamat Dari Musibah

Bacaan dalam RUMI:

Rabbi a’udzubika min hamazaa tish shayaatini wa a’udzubika rabbi ay yah dhuruun

Maksud:

“Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu pula Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”

4. Doa Menundukkan Haiwan Buas dan Mengusir Jin (Surah An-Naml: Ayat 30-31)

Bacaan dalam RUMI:

Innahuu min sulaimaana wa innahuu bismillahirrahmaanirrohiim. Al-laa ta’luu ‘alayya wa’tuunii muslimiin

Maksud:

“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah) ‘”

5. Doa Tetap Mensyukuri Nikmat Dan Rahmat (Surah Al-Naml: Ayat 19)

Maksud:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

 

Selain doa-doa yang disebutkan tadi, ada pula wirid untuk meminta kekayaan dan barakah:

Selain itu ada pula wirid dan doa Nabi Sulaiman untuk meminta kekayaan dan kecukupan.

“Wa annahu huwa aghnaa wa aqnaa”

(dibaca 313 kali)

Maksud:

“Dan sesungguhnya Dia yang memberikan kekayaan dan kecukupan”


Salah satu kunci agar doa dimakbulkan adalah dengan mengamalkannya secara ikhlas, khusyuk, istiqamah, dan penuh keyakinan dengan apa jua yang Allah s.w.t. berikan.

Semoga perkongsian doa Nabi Sulaiman ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mempertingkatkan amalan ibadah harian.