Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Amalkan 6 Pilihan Doa Nabi Yusuf Ini Agar Diri Dijauhkan Daripada Godaan Syaitan Dan Kesejahteraan Hidup

doa nabi yusuf

Kredit gambar: themuslimvibe.com

Dalam Surah Yusuf terdapat banyak doa Nabi Yusuf yang dapat kita amalkan dan ambil pengajaran dari kisah-kisahnya. Allah berfirman tentang kisah Nabi Yusuf a.s. di dalam Al-Quran:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) kisah yang paling baik (yang dengannya) Kami turunkan kepadamu Al-Quran ini; padahal sebelum ini kamu termasuk orang-orang yang tidak mengetahuinya.”

(Surah Yusuf, 12:3)

Amalkan semua doa-doa ini seperti doa pengasihan Nabi Yusuf, doa penyeri wajah Nabi Yusuf dan banyak lagi demi kesejahteraan hidup dan ketenangan hati.

Bagi memudahkan anda untuk membaca dan mengamalkannya, dalam perkongsian di bawah kami telah senaraikan beberapa doa nabi yusuf untuk rujukan anda.

Jom lihat dan beramal dengannya!

Pilihan Doa Nabi Yusuf

Highlighted

Kredit gambar: muslimmatters.org

Berikut merupakan pilihan doa Nabi Yusuf iaitu:

#1. Doa Nabi Yusof Elak Tipu Daya

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ اَحَبُّ اِلَيَّ مِمَّا يَدْعُوْنَنِيْٓ اِلَيْهِ ۚوَاِلَّا تَصْرِفْ عَنِّيْ كَيْدَهُنَّ اَصْبُ اِلَيْهِنَّ وَاَكُنْ مِّنَ الْجٰهِلِيْنَ

Maksudnya:

“Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.”

#2. Doa Agar Tetap Dalam Kebenaran Dunia dan Akhirat

رَبِّ قَدْ اٰتَيْتَنِيْ مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِيْ مِنْ تَأْوِيْلِ الْاَحَادِيْثِۚ فَاطِرَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ اَنْتَ وَلِيّٖ فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِۚ تَوَفَّنِيْ مُسْلِمًا وَّاَلْحِقْنِيْ بِالصّٰلِحِيْنَ

Maksudnya:

“Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebagian kekuasaan dan telah mengajarkan kepadaku sebagian takwil mimpi. (Wahai Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh.”

#3. Doa Nabi Yusuf Untuk Wajah Berseri-seri

الَّلهُمَّ جَئَلْنِى نُوْرُ يُوْسُفَ عَلَى وَجْهِي فَمَنْ رَ اَنِى يُحِبُّنِي مَحَبَّتَنْي

Allaahumma ‘alnii nuuru yusufa ala wajhii fa man ro aanii yuhibbunii mahabbatan

Maksudnya:

“Ya Allah, jadikanlah Nur cahaya Nabi Yusuf pada wajahku, dan bagi siapa yang melihat akan menjadi kagum serta memiliki rasa cinta kasih kepadaku.”

#4. Doa Nabi Yusuf ketika Bercermin

Allahumma kamaa hassanta khalqii fa hassin khuliqi

Maksudnya:

“Ya Allah sebagaimana Engaku telah ciptakan aku dengan baik, maka perbaikilah akhlakku.”

#5. Doa Pengasih Nabi Yusuf

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Maksudnya:

“(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

(Surah Yusuf Ayat 4)

#6. Doa Agar Terhindar Dari Godaan Jahat

مَعَاذَ اللّٰهِ اِنَّهٗ رَبِّيْٓ اَحْسَنَ مَثْوَايَۗ اِنَّهٗ لَا يُفْلِحُ الظّٰلِمُوْنَ

Maksudnya:

“Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung.”

(Surah Yusuf Ayat 23)

Pengajaran Yang Terdapat Dalam Surah Yusuf

Kredit gambar: www.muslim.sg

Dari kisah pengembaraan dan pengalaman Nabi Yusuf a.s serta tingkah lakunya sepanjang hayatnya, sebenarnya memberikan kita banyak pengajaran dan akhlak untuk diikuti.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh kita pelajari iaitu:

  • Sentiasa berbaik sangka dan percaya Allah akan bantu tatkala berada dalam kesusahan.
  • Jauhkan diri dari melakukan maksiat jika hendak berjaya.
  • Sentiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah dan elakkan bergantung harap pada manusia.
  • Sentiasa berpegang kepada agama dan hendaklah mengambil setiap peluang untuk memujuk orang lain ke arah jalan yang benar.
  • Sentiasa sabar dalam menghadapi kesusahan merupakan sebaik-baik sifat dan pastinya akan mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan akhirat.
  • Sentiasa memelihara kehormatan dan maruah diri.
  • Sifat sentiasa memaafkan dan melupakan masa lalu adalah amat digalakkan dan merupakan sifat yang terpuji.

Semoga dengan perkongsian ini, kita semua dapat beramal dan beroleh manfaat yang berpanjangan.


Selain doa Nabi Yusuf, anda boleh dapatkan pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah menarik yang lain di SINI!