Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Naik Kenderaan Demi Keselamatan Sepanjang Perjalanan

Kredit gambar: Adobe Stock

Kita perlu bersyukur dengan kemudahan-kemudahan yang telah dicipta dan disediakan untuk penggunaan harian seperti kenderaan.

Tak seperti beratus tahun dahulu di mana kereta belum pernah wujud, kini kebanyakan orang sudah pun memiliki kereta atau mempunyai akses untuk menggunakan apa jenis kenderaan pun.

Walaupun kenderaan seperti kereta, kapal terbang, dan kapal laut adalah ciptaan manusia, ilmu itu masih datang daripada Allah s.w.t. dan eloklah kalau kita sering mensyukuri nikmatNya.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Selain daripada itu, kita digalakkan untuk sentiasa membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang menggunakan apa-apa jenis kenderaan.

Alhamdulillah, tahun ni pasti ramai tak sabar dan bergembira kerana dapat pulang beraya di kampung setelah 2 tahun lamanya. Jadi, sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa untuk mengamalkan doa naik kenderaan ini supaya perjalanan lebih lancar, dipermudahkan dan diberkati. InshaAllah.

Allah s.w.t. menyeru kita agar sentiasa berdoa kepadaNya sebagaimana dalam firmanNya :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ

Maksud:

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”

(Al-Ghafir : 60)

Doa adalah sesuatu yang sangat kuat dan istimewa buat umat Islam, kerana ia boleh bertindak sebagai pelindung atau senjata.

Oleh itu, membaca doa sangat dituntut dan terdapat beberapa doa naik kenderaan yang boleh diamalkan.

Doa Naik Kenderaan Demi Keselamatan Sepanjang Perjalanan

1. Doa Naik Kenderaan Darat (Surah Az-Zukhruf: Ayat 13-14)

Bacaan dalam RUMI:

Subhaanallazii sakh khorolanaa hazaa wamaa kunaa lahuu muqriniin wainna ilaa rabbinaa lamunqolibuun

Maksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

2. Doa Naik Kenderaan Udara / Laut

 

Bacaan dalam RUMI:

Bismillaahi majraaha wamursaahaa inna rabbi laghofuurur rahiim

Maksud:

“Dengan nama Allah ketika mula bergerak (perjalanan) dan berhenti (berlabuh atau mendarat); Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)”

Amalan-amalan Lain Ketika Dalam Perjalanan/Kenderaan

Selain membaca doa-doa sebelum menaiki sesuatu kenderaan seperti yang disebutkan tadi, anda juga boleh mengamalkan zikir sebelum, sewaktu, dan selepas menaiki kenderaan.

Kredit gambar: Getty Images

Untuk perlindungan dan supaya tujuan perjalanan anda ditunaikan, anda boleh membaca ayat Kursi sebagaimana pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali:

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى

Maksud:

“Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah s.w.t.”

Sejurus sahaja anda memasuki kenderaan, anda boleh berzikir “Allahu akbar” sebanyak tiga kali sebelum membaca doa naik kenderaan.

Selepas membaca doa naik kenderaan yang pendek tadi, anda juga boleh memanjangkan doa tersebut dengan ayat ini:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

Bacaan dalam RUMI:

Allahumma innaa nas’aluka fii safarinaa hadza al birro wat taqwa wa minal ‘amali ma tardho. Allahumma hawwin ‘alainaa safaronaa hadza, wathwi ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shoohibu fis safar, wal kholiifatu fil ahli. Allahumma inni a’udzubika min wa’tsaa-is safari wa ka-aabatil manzhori wa suu-il munqolabi fil maali wal ahli

Maksud:

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau ridhai dalam perjalanan kami ini. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah rekan dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga.”

(Hadis Riwayat Muslim no. 1342, dari Abdullah bin Umar)

Ketika berada dalam perjalanan, pastikan fikiran anda sentiasa tenang dan positif. Berwaspada dan bersedia juga dengan perkara-perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan dan kawalan anda seperti kesesakan lalu lintas dan kemalangan.

Kredit gambar: Getty Images

Banyakkan bersabar kerana setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. dan tentu terdapat hikmahnya tersendiri.

Allah s.w.t. berfirman,

Maksud:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Lebih elok jika anda sentiasa berzikir dalam perjalanan, atau memasangkan zikir-zikir atau ceramah agama di dalam kenderaan.

Semoga perkongsian ini dapat diamalkan sentiasa dan membantu anda mempertingkatkan amalan membaca doa dalam kehidupan seharian.