Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Neelofa Yang Menjadi Amalannya Untuk Berjaya Di Dunia Dan Akhirat – Jom Amalkan!

doa neelofa

Kredit gambar: live92times.com/minta-doa-mudah-urusan/

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering terlupa untuk memohon keberkatan dan redha Allah S.W.T. dahulu sebelum melakukan sesuatu atau membuat apa-apa keputusan.

Padahal sebenarnya, meminta dan memohon kepada Allah itulah perkara pertama yang sepatutnya dilakukan untuk setiap langkah kita. Ingatan dan pengharapan seorang hamba kepada Allah itu amat penting kerana segala yang terjadi pada kita, segala kemampuan dan kejayaan yang kita dapat, sebenarnya adalah daripada Dia.

Doa Neelofa Untuk Rezeki Di Dunia Dan Akhirat

Sosok figura yang bernama Neelofa memang tidak asing di Malaysia. Siapa je tak kenal usahawan wanita yang jelita, berjaya dan muslimah ini?

Ramai wanita dan gadis yang menjadikan beliau sebagai idola dan role model dalam kehidupan mereka. Harapannya, ingin berjaya dan mempunyai personaliti hebat seperti beliau.

Bila Neelofa kongsikan tentang amalan doa yang beliau amalkan, perkongsiannya tersebut telah mendapat sambutan yang luar biasa dan ramai yang mula berkongsi dengan teman-teman rapat tentang doa amalan beliau yang dipercayai mungkin merupakan salah satu rahsia kejayaannya.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Berikut merupakan doa amalan Neelofa untuk murah rezeki dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat:

Ya Allah,

Yang Maha Pemurah,

Yang Maha Merancang,

Berikan aku rezeki seluas langitMu,

Rezeki yang berkat,

Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,

Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zamzamMu yang bertebaran di seluruh dunia,

Rezeki yang tak pernah putus,

Rezeki yang membawa kebaikan,

Rezeki yang membawaku ke syurgaMu,

Rezeki yang tak disangka-sangka,

Rezeki yang menjangkau akal fikiran,

Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,

Rezeki yang boleh membawa aku, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.

Aamiin.

Doa Neelofa Untuk Dipermudahkan Segala Urusan

Kredit gambar: istockphoto

Bukan untuk rezeki je, Neelofa pun ada mengamalkan kumpulan doa-doa untuk dipermudahkan segala urusannya dan sering kongsikan bersama peminatnya.

#1.

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri

Dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan,

Perbaikilah untukku urusanku semuanya

Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.

#2.

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

#3.

SesungguhNya kita milik Allah dan akan kembali kepadaNya,

Ya Allah berikan aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan yang lebih baik darinya.

MasyaAllah, indah betul kumpulan doa-doa amalan beliau ini. Eloklah untuk kita sama-sama amalkan.

Amalan Supaya Doa Makbul

Dalam berdoa dan meminta kepada Allah, kita mestilah menjaga tatatertib dan adab berdoa. Sebagai hamba, kita banyak melakukan dosa yang mungkin menjadi penghalang untuk terkabulnya doa dan mungkin juga, doa yang dipinta itu, adalah melebih-lebih.

Sebelum berdoa tentang hajat di hati, sebaiknya perhatikanlah dan lakukan beberapa perkara dahulu:

1. Memuji Allah S.W.T. terlebih dahulu

Sebelum berdoa, kita mestilah memuji kebesaran Allah terlebih dahulu. Bahkan bersyukur kerana digerakkan hati dan diberi peluang untuk memohon kepadaNya.

2. Berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Kemudian, jangan lupa untuk berselawat kepada nabi kita, Rasulullah S.A.W.

3. Menghadirkan hati

Ketika berdoa, mestilah ia hadir dari hati yang penuh dengan pengharapan dan keyakinan kepada Allah bahawa doa kita akan dimakbulkanNya.

Sesungguhnya, doa dari hati yang lalai tidak akan dimakbulkan oleh Allah.

4. Istighfar memohon ampun

Diikuti pula dengan istighfar memohon keampunan di atas segala dosa kita. Semoga dosa kita diampunkan dan tidak menjadi penghalang kepada doa kita.

5. Berdoa memohon hajat

Kemudian teruskan dengan berdoa memohon hajat kita. Bolehlah berdoa dengan doa Neelofa dan doa-doa lain yang baik.

Semoga dengan usaha dan keyakinan kita, Allah akan memakbulkan doa kita ini.

Kredit gambar: sislin76.com

Sentiasalah Berdoa Memohon Kepada Ilahi

Carilah masa untuk berdoa memohon kepada Allah doa-doa yang baik macam doa Neelofa ini. Jadikanlah ia satu amalan dalam kehidupan seharian kita. Moga dengan berkat amalannya, kita akan sama-sama berjaya dan mendapat keberkatan dalam hidup kita. Jom kita baca doa, zikir, serta amalan untuk kuat ingatan.