Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kumpulan Doa Dan Zikir Di Pagi Hari

doa dan zikir pagi hari

Kredit gambar: istockphoto

Pagi hari adalah waktu yang diberkati. Seperti sabda Rasulullah S.A.W.: “Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi harinya.” – Riwayat Abu Dawud

Ibnu Qayyim rahimahullah telah mengibaratkan waktu pagi dengan waktu muda seseorang. Beliau telah berkata: Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”.

Di waktu pagi jugalah, pintu-pintu rezeki dibuka dan kita dianjurkan untuk melakukan pekerjaan ketika ini. Sakhr al-Ghamidi pernah berkata: “Rasulullah S.A.W. apabila mengutus pasukan tentera, baginda akan melakukannya pada awal pagi.”.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-Imran, ayat 121:

وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu akan menempatkan para mukmin pada beberapa tempat untuk berperang.”

Kumpulan Doa dan Zikir Di Pagi Hari

Pada waktu yang penuh berkah inilah kita seharusnya meraih manfaat dengan berdoa dan berzikir di samping berusaha sehabis baik.

“Dan bertasbihlah kepada Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohonkan ampun untukmu). Supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”Surah Al-Ahzab, ayat 42 dan 43

Di sini kami ingin kongsikan beberapa doa dan zikir yang baik untuk diamalkan di waktu pagi:

1. Doa bangun tidur

Highlighted

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya kami akan kembali. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

2. Zikir selepas bangun dari tidur pada pagi hari

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

3. Doa pada waktu pagi

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. – Riwayat lbnu as-Sunni dan lbnu Majah

4. Doa pada waktu pagi memohon perlindungan

Ketika ingin memulakan kehidupan seharian di pagi hari, mintalah perlindungan kepada Allah S.W.T. terlebih dahulu daripada segala keburukan dan kejahatan yang kita nampak dan tidak nampak.

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). – Riwayat al-Bukhari

5. Doa pada waktu pagi minta dipermudahkan urusan

Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan.” – Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar

Berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan sebelum memulakan apa sahaja pekerjaan di waktu pagi dengan doa ini:

Kredit gambar: facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar

6. Zikir pada waktu pagi (7x)

Daripada Anas bin Malik R.A., Rasulullah S..AW. telah bersabda: “Barang siapa solat fajar (solat Subuh) berjemaah di masjid kemudian, tetap duduk berzikir mengingati Allah hingga terbit matahari lalu, solat dua rakaat (solat dhuha), maka, seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna.” – Riwayat at-Tirmizi

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ‘Arasy yang agung. – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud

Telah dinyatakan dalam sabda Rasulullah S..AW. berkenaan kelebihan zikir ini: “Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, nescaya Allah Taala akan mencukupkannya apa yang diperlukan oleh dirinya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.” – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud

7. Doa ketika menanggalkan pakaian

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Dengan nama Allah. – Riwayat at-Tirmizi

8. Doa ketika memakai pakaian

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku. – Riwayat Ahlus Sunan

9. Zikir pada waktu pagi (3x)

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatupun yang boleh memudaratkannya. – Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, lbnu Majah dan Ahmad

10. Zikir pada waktu pagi (3x)

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai nabi.

Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka dia akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. – Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’ie dan lbnu as-Sunni

11. Zikir pada waktu pagi (100x)

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali sehari, nescaya Allah akan mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang dan tiada sesiapa pun yang lebih baik daripada amalannya itu kecuali mereka yang beramal lebih banyak daripada amalannya. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

12. Zikir pada waktu pagi (3x)

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Maha Suci Allah dan aku memujiNya sebanyak makhluk ciptaanNya, keredhaanNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya.– Riwayat Muslim

13. Doa waktu Dhuha

Kredit gambar: artikel.rumah123.com

Maksudnya:

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

14. Doa keluar dari rumah

Ketika ingin keluar dari rumah, bacalah dahulu doa ini:

Kredit gambar: web.facebook.com/jomsolah?_rdc=1&_rdr

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah. – Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Semoga Allah S.W.T. merezekikan kita untuk berdoa dan berzikir dengan kumpulan doa dan zikir di pagi hari ini. Tidak semestinya semua, tetapi amalkanlah semampunya.

Moga Allah melihat usaha kita dan memperkenankan serta menerima doa dan zikir kita. InsyaAllah.. Ayuh baca doa qunut nazilah ketika ditimpa musibah.