Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Pagi (Bacaan Dalam Rumi dan Maksud), Menjemput Rezeki

Kredit gambar: Freepik

Waktu pagi adalah permulaan hari untuk kita semua melakukan ativiti. Agama islam sendiri turut memberikan perhatian khusus kepada permulaan pagi hari untuk memperoleh keberkatan di waktu pagi dan sepanjang hari.

Untuk memulakan sesuatu aktiviti, sebagai umat islam, kita telah diajar oleh Rasulullah SAW untuk membaca doa pagi. Doa pada waktu pagi turut mempunyai keistimewaan seperti membuka kerberkatan dan pintu rezeki pada pagi hari.

Artikel kali ini kami akan kongsikan dengan Mommy bacaan doa pagi, zikir permulaan hari serta kebaikan pada waktu pagi.

Bagi kanak-kanak, Mommy boleh ajarkan mereka sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang morning person, supaya mereka akan terbiasa untuk bangun awal pagi sehingga dewasa. Banyak manfaat jika kita sentiasa amalkan doa serta zikir di setiap permulaan hari.

Mommy boleh amalkan doa pagi sepanjang waktu kehamilan dan juga amalkan doa ini kepada anak-anak semasa mereka hendak pergi ke sekolah supaya dipermudahkan urusan pembelajaran kelak.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Bila Waktu Terbaik Untuk Membaca Doa Pagi

Waktu terbaik atau afdal untuk membaca doa pagi ialah dibaca saatnya masuk waktu Subuh hingga matahari terbit. Tetapi jika tidak sempat untuk membaca pada waktu subuh, boleh juga dibaca sampai matahari akan jatuh kebarat (menghampiri zuhur).

Zikir dan Doa Pagi Amalan Rasulullah

Doa di Waktu Pagi

Allahumma Inniy As-aluka Ilman naafi’an, wa-rizqon thoyibban, wa”amalan mutaqobbalan

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya, aku memohon kepada-Mu, ilmu yng bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima”

Doa Pagi

Allahuma bika ashbana, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru

Maksudnya: “Ya Allah denganMu aku berpagi hari, denganMu aku berpetang hari, denganMu kami hidup, denganMu kami mati. Hanya kepadaMu (kami) kembali”

Membaca doa pagi hari juga dapat mendatangkan keberkatan pembuka pintu rezeki yang melimpah ruah dan lancar yang diinginkan oleh semua umat islam.

Rasulullah juga mengajar kita agar sentiasa membaca doa dan berzikir seusai solat subuh ataupun di waktu pagi. Antara zikir dan doa pagi yang diamalkan oleh Rasulullah adalah:

  1. Membaca ayat kursi satu kali
  2. Membaca 3 qul (Al-ikhlas, Al-falaq dan An-nas)
  3. Membaca saiyidatul istighfar satu kali
  4. Membaca doa pelindung diri

Amalan Waktu Pagi Rasulullah SAW

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, waktu pagi adalah waktu yang paling dinantikan umat islam, hal ini kerana waktu pagi adalah permulaan hari dan pintu bagi segala rezeki. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada waktu pagi, dan antaranya ialah:

  1. Mandi pagi sebelum subuh. Ini kerana air sejuk yang akan dalam meresap ke dalam badan kita boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  2. Minum air kosong sejurus bangun pagi. Minum air pada waktu pagi dapat mengurangkan risiko segala penyakit.
  3. Bertafakur dan bersujud. Bertafakur dan bersujud sekurang-kurangya selama seminit kerana dengan melakukan ini dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain.
  4. Menunaikan solat dhuha. Solat dhuha ialah solat pada waktu pagi, selepas habisnya waktu Subuh – waktu yang dianjurkan adalah jam 10 pagi. Dengan mengamalkan solat sunat dhuha, ia merupakan salah satu rahsia untuk membuka pintu rezeki. Sesibuk mana pun Mommy dengan rutin harian, luangkan masa Mommy dalam 5-10 minit untuk menunaikan solat dhuha ini.
  5. Mengamalkan doa pagi. Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa pada waktu pagi ialah untuk memanjatkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
  6. Membaca zikir pagi. Pada waktu pagi juga adalah waktu terbaik untuk mengamalkan zikir untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT. Selain itu juga, semoga kita diberikan kelancaran rezeki serta dipermudahlan segala urusan oleh Allah SWT.

Kebaikan Waktu Pagi

Jika sebelum ini Mommy seorang yang jarang bangun pagi, apakata selepas ini cuba untuk mengubah rutin harian kepada seorang morning person. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan dan manfaat jika kita bangun awal pagi.

Berikut merupakan beberapa kebaikan jika kita adalah seorang morning person:

1. Minda segar dan cergas

Kredit gambar: Dream.Co

Menurut kajian Dr Herbet Benson di Insititusi Pendidikan Kesihatan Harvard, minda dan tubuh adalah satu sistem yang memainkan peranan penting dalam megurangkan tekanan. Jadi apabila Mommy bangun pagi, ia dapat mengurangkan tekanan yang berlaku pada hari semalam.

2. Menikmati waktu sarapan

Kredit gambar: Shutter Stock

Sarapan wajib diambil pada setiap pagi. Dengan bersarapan, Mommy akan menjadi lebih bertenaga untuk memulakan permulaan pagi. Mommy juga boleh melatih anak-anak untuk bersarapan awal pagi bagi memastikan mereka cergas dan cerdas.

Menurut Dr. Christy C. Tangney, Pakar Pemakanan Klinikal di Rush University Medical Center, kajian menunjukkan individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut akan lebih cenderung untuk mengalami kenaikan berat badan serta peningkatan pada Indeks Jisim Tubuh atau BMI.

Jadi, jika Mommy merancang untuk menurunkan berat badan jangan skip breakfast ya!

3. Bersenam

Kredit gambar: Freepik

Bangun awal pagi juga boleh membuatkan Mommy melakukan sedikit senaman dan regangan. Mommy boleh keluar berjoging pada waktu pagi bersama anak-anak untuk memulakan hari anda.

Udara lebih segar dan kita juga akan rasa lebih fresh sepanjang hari selepas bersenam.

“Dia menyingsingkan waktu pagi, dan menjadikan waktu malam untuk beristirahat.”

4. Bermotivasi tinggi

Kredit gambar: Freepik

Sering kita lihat, individu yang selalu bangun di awal pagi adalah seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi dan tahu akan tujuan yang bakal dibuat pada hari tersebut. Pada masa yang sama, mood positif turut diserap dalam diri.

Waktu pagi juga adalah waktu di mana kita lebih berada di dalam keadaan bersemangat, sesudah semalaman merehatkan tubuh badan.

5. Pembuka Pintu Rezeki

Untuk yang beragama islam, bangun di awal pagi atau waktu subuh adalah pembuka pintu segala rezeki. Menurut Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar, Rasulullah SAW bersabda,

“Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkat dan keberuntungan.”

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada Mommy. Selain mengamalkan untuk diri sendiri, Mommy boleh mengajar anak-anak doa ini dan doa-doa lain sejak mereka kecil agar mereka boleh turut mempraktikkan sehingga mereka dewasa kelak.

Jangan lupa nantikan pelbagai doa yang akan kami kongsikan hanya di Motherhood Story.