Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Doa Dan Zikir Pelindung Diri Untuk Keselamatan Dengan Izin Allah

doa pelindung diri

Kredit gambar: istockphoto

Di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, kita terdedah dengan pelbagai ancaman dan bahaya. Sama ada yang boleh dilihat dengan mata kasar ataupun tidak, ia boleh memberi impak yang buruk kepada kita.

Pada setiap hari, Mommy disarankan untuk mengamalkan doa-doa pelindung diri untuk memohon keselamatan daripada Allah daripada kesemua bahaya yang mendekat.

Senarai Doa Dan Zikir Pelindung Diri Untuk Keselamatan Dengan Izin Allah

Sebelum kita usaha untuk menjaga diri dan yang tersayang, adalah lebh baik jika Mommy dahulukan dengan doa memohon perlindunganNya terlebih dahulu.

#1. Zikir pelindung diri di waktu pagi dan petang

Pada waktu pagi dan petang, bacalah zikir ini sebanyak 7 kali untuk memohon keselamatan daripada Allah S.W.T.:

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ‘Arasy yang agung. – Riwayat lbnu as-Sunni dan Abu Daud

#2. Doa pelindung diri keluar dari rumah

Sebaik sahaja mahu melangkah keluar dari rumah, amalkanlah doa pelindung diri ini untuk memohon Allah menjaga keselamatan diri dan rumah kita ya Mommy:

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah. – Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

#3. Doa pelindung diri masuk ke rumah

Dari luar selepas selesainya segala urusan, bacalah doa ini supaya kita melangkah masuk ke rumah dengan nama Allah. Moga-moga Mommy dan seisi keluarga dilindungi daripada segala kejahatan dan keburukan di luar rumah:

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Dengan nama Allah, kami masuk ke dalam rumah, dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah, tuhan kami, kami bertawakal. – Riwayat at-Tirmizi dan lbnu Majah

#4. Zikir pelindung diri pada waktu pagi

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatupun yang boleh memudaratkannya. – Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, lbnu Majah dan Ahmad

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

#5. Zikir pelindung diri pada waktu pagi (2)

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Rasulullah S.A.W. telah pun bersabda: Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kali sehari, nescaya Allah akan mengurniakan pahala kepadanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 kesalahan dan dia terpelihara daripada syaitan hingga petang dan tiada sesiapa pun yang lebih baik daripada amalannya itu kecuali mereka yang beramal lebih banyak daripada amalannya. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.

#6. Doa pelindung diri di petang hari

Pada waktu petang, amalkanlah doa ini sebagai pelindungan daripada segala kejahatan makhlukNya. Kalau singgah di mana-mana pun, elok untuk baca doa pelindung diri ini. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan terkena gigitan kala jengking pada waktu malamnya. – Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, lbnu Majah dan an-Nasa’ie:

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk yang jahat.

#7. Doa pelindung diri dan keluarga

Bukan sahaja untuk diri sendiri, adalah elok jika Mommy berdoa memohon perlindungan untuk mereka yang tersayang juga dengan doa pelindung diri ini:

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). – Riwayat al-Bukhari

#8. Doa pelindung diri dalam Al-Quran

Sebelum tidur, amalkanlah amalan Rasulullah S.A.W. iaitu membaca ayat al-mua’wizzat iaitu Surah 3 Qul dalam Al-Quran; Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tiupkan pada kedua tapak tangan dan sapukan ke seluruh anggota badan:

Kredit gambar: Facebook @ Darussyifa Jasin

Berikut adalah cara bacaan 3 Qul ini sebagai pendinding diri menurut Darussyifa’ Jasin:

Kredit gambar: Facebook @ Darussyifa Jasin

#9. Doa pelindung diri dalam Al-Quran (2)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Dalam dialog bersama syaitan, dia telah mengajarkan Abu Hurairah R.A. tentang manfaat ayat Al-Kursi:

Syaitan berkata: Jika engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi, (Allah, Tiada Tuhan Selain Dia Yang Maha Hidup Dan Maha Berdiri Sendiri) sampai akhir ayat, maka sentiasa engkau berada dalam lindungan Allah, syaitan tidak akan mendekatimu (untuk menganggu) sampai waktu pagi.

Selain daripada kisah ini, banyak lagi hadis lain yang membicarakan manfaat dan kelebihan ayat Kursi ini. Jadikanlah ia satu amalan harian ya Mommy.

#10. Doa pelindung diri dalam Al-Quran (3)

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Selain 3 Qul dan ayat Kursi, amalkanlah 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah. Dalam banyak-banyak hadis yang membicarakan tentang keistimewaan 2 ayat ini, berikut adalah antaranya:

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah Taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan syaitan.

#11. Doa pelindung diri ketika terkejut di tengah malam

Jangan lupa untuk ajarkan anak-anak Mommy, apabila mereka terjaga di malam hari, amalkan bacaan doa berikut:

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan pembalasan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada hembusan dan tiupan syaitan dan daripada kehadirannya. – Hadith riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Senarai Doa Dan Zikir Pelindung Diri

Semoga dengan amalan doa dan zikir pelindung diri di atas, Allah S.W.T. akan melindungi diri kita, ahli keluarga dan yang tersayang bersama dengan harta kita daripada segala kejahatan dan keburukan yang kita nampak mahupun tidak.

InsyaAllah.