Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tiga Doa Pembuka 12 Pintu dan Senarai Jenis Rezeki Dalam Islam

doa pembuka 12 pintu

Kredit gambar: sustenance

Rezeki datang dalam pelbagai cara bergantung kepada apa yang kita kerjakan. Terdapat rezeki yang datang dari anak, ada yang datang dari amalan kita yang selalu bersedekah dan banyak lagi cara yang lain. Bahkan antara salah satu cara yang boleh diamalkan juga adalah melalui doa pembuka 12 pintu rezeki yang kami kongsikan dalam perkongsian ini.

Rezeki itu merupakan satu bentuk keredhaan Allah yang wajib disyukuri oleh sekalian manusia yang termaktub dalam firman Allah S.W.T. melalui Surah Ibrahim Ayat 7 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui apakah doa pembuka 12 pintu rezeki!

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

Highlighted

Kredit gambar: www.middleeasteye.net

Berikut merupakan doa pembuka 12 pintu yang boleh diamalkan untuk menikmati rezeki yang berlipat kali ganda.

#1. Doa Pembukaan 12 Pintu Rezeki

Doa pembuka 12 pintu rezeki ini boleh dijadikan sebagai bacaan dalam memohon kemudahan dan keberkatan rezeki kepada Allah S.W.T.

Amalkan doa pembuka 12 pintu rezeki ini selepas menunaikan solat tengah malam kerana pada waktu itu adalah waktu mujarab untuk berdoa. Doanya adalah seperti berikut:

llahummaf tahlii abwaabal khoiri, wa abwaaba sholaamati, wa abwaabas shihati, wa abwaaban nia’mati, wa abwaaba barokhati, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal, mawaddathi, wa abwaabar rohmati, wa abwaabar, wa abwaabar, wa abwaabar, wa abwaabar riza abwaabal jannati, yaa arhamarroohimiin

Maksudnya:

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu rahmat, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu pintu rezeki, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

#2. Doa Memohon Rezeki Halal dan Berkat

Boleh juga amalkan doa ini untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat iaitu:

Allahumma innii as aluka an tarzuqanii rizqan halaalan waasi’an thayyiban min ghairita’abin wala masyaqqatin walaa dhoirin wa laa nashabin innaka ‘alaa kulli syai in qadiir

Maksudnya:

“Ya Allah, aku minta pada Engkau akan pemberian rezeki yang halal, luas, baik tidak tanpa repot dan juga tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan, sesungguhnya Engkau kuasa atas segala sesuatu.”

#3. Doa Supaya Mendapat Rezeki Yang Melimpah

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbighfirlii wahablii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii, innaka antalwahhaab

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Jenis Rezeki Dalam Islam

Kredit gambar: www.worldflasher.com

Terdapat 11 jenis rezeki yang dijamin oleh Allah S.W.T dalam islam iaitu:

  • Rezeki Yang Telah Dijamin

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya:

“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”

(Surah Hud Ayat 6)

  • Rezeki Kerana Usaha

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Maksudnya:

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”

(Surah An-Najm Ayat 39)

  • Rezeki Kerana Bersyukur dengan Nikmat Allah

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”

(Surah Ibrahim Ayat 7)

  • Rezeki Yang Tidak Diduga

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”

(Surah At-Thalaq Ayat 2-3)

  • Rezeki Kerana Selalu BerIstighfar

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksdudnya:

“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”

(Surah Nuh Ayat 10-11)

  • Rezeki Kerana Bernikah

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

Maksudnya:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”

(Surah An-Nur Ayat 32)

  • Rezeki Kerana Zuriat

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”

(Surah Al-Israa’ Ayat 31)

  • Rezeki Kerana Bersedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

Maksudnya:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 245)

  • Rezeki Kerana Bersyukur

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ

Maksudnya:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”

(Surah Ibrahim Ayat 7)

  • Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai.”

“Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

  • Rezeki Kerana Menjalinkan Hubungan Silaturrahim

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa:

“Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim & Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Oleh itu, amalkanlah semua doa di atas dan lakukan semua perkara yang membuat rezeki bertambah. Diharapkan dengan perkongsian ini kita bersama-sama beroleh manfaat.


Lihat pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah yang lain di SINI!