Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nak Rezeki Yang Berkat & Mencurah-curah? Amalkan Doa Pembuka Rezeki Ini Setiap Kali Selepas Solat

doa pembuka rezeki

Kredit gambar: istockphoto

Antara kurniaan dan kasih sayang Allah kepada hambaNya adalah, rahmat dan rezeki daripadaNya. Rezeki kesihatan, rezeki harta, rezeki masa lapang dan banyak lagi, tidak terkira.

Koleksi Doa Pembuka Rezeki Dalam Islam

Namun ada ketikanya, Mommy mungkin terasa begitu sempit walaupun dah usaha macam-macam. Sebenarnya, yang kita sering terlupa adalah rezeki kurniaan itu adalah daripada Allah S.W.T., bukanlah daripada usaha kita.

Jadi kita hendaklah sentiasa berdoa meminta kepadaNya dengan pengharapan dan keyakinan yang betul dan bersyukur apabila dipermudahkan urusan rezeki kita.

Doa pembuka rezeki dalam hadis (1)

Dalam perkongsian Says, telah dikongsikan sebuah hadis tentang bacaan yang elok untuk diamalkan dalam menjemput rezeki:

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. – Hadis Riwayat At-Tabrani

Doa pembuka rezeki dalam hadis (2)

Selepas solat Subuh, Rasulullah S.A.W. sering mengamalkan doa ini:

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @Jom Solah

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”. – Riwayat lbnu as-Sunni dan lbnu Majah

Doa pembuka rezeki dalam hadis (3)

Dalam hadis lain telah disebutkan pula:

“Barangsiapa setiap hari membaca LA ILAHA ILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” – Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Doa pembuka rezeki dalam hadis (4)

Menurut Merdeka, Rasulullah S.A.W. juga pernah mengajarkan doa berikut:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu daripada bergantung kepada selainMu.” – Hadis Riwayat Tirmidzi

Doa pembuka rezeki dalam Al-Quran (1)

Kredit gambar: kashoorga.com/

Selain itu, terdapat juga beberapa surah dalam Al-Quran yang boleh menjemput rezeki seperti surah Al-Ikhlas. Dalam hadis riwayat At-Tabrani, telah dinyatakan:

“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.”

Doa pembuka rezeki dalam Al-Quran (2)

“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” – Hadis Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman

Mommy carilah juga masa untuk membaca surah Al-Waqi’ah pada waktu malam ya.

Istighfar sebagai doa pembuka rezeki

Kredit gambar: mywilayah.com/

Kita juga disarankan untuk memohon keampunan kepada Allah sentiasa. Tidaklah kita tahu jika doa dan amalan kita ditolak kerana dosa-dosa yang lalu.

Adalah elok jika kita sering beristighfar kepadaNya, selari dengan hadis berikut:

“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” – Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah

Sebelum disertakan dengan usaha dan tawakal, Mommy hendaklah berdoa dan menjadikannya sebagai amalan harian Mommy dalam menjemput rezeki yang baik dan diberkati.

Semoga usaha dan amalan Mommy diterima oleh Allah dan Dia memandang kita dengan penuh kasih sayangNya.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.